9 Tempat Makan Sedap Di Penang‎. Wajib Cuba!

Tentu anda antara ramai orang yang masih tercari-cari, di manakah tempat makan best yang perlu anda kunjungi sempena hari cuti am / cuti sekolah terutamanya di Pulau Pinang (Penang) ?

Jangan risau. Tak susah nak cari tempat makan sedap di Penang. Kebanyakkan kedai makan memang berdekatan dengan tempat menarik yang anda kunjungi seperti di Georgetown, Padang Kota Lama dan Gurney.

Bila dah di Penang, antara makanan  yang wajib anda cuba adalah nasi kandar, nasi beriani, pasembor, mee sotong, dan laksa penang. Tapi dimana tempat makan sedap di Penang?

Di sini kami kongsikan beberapa tempat makan sedap, menarik dan popular di Pulau Pinang. (sumber dari pembaca MySelera.com yang sanggup memandu dari ke KL ke Penang semata-mata untuk makan di sini!)

  1. Restoran Kapitan

    Menu yang wajib anda cuba adalah Claypot Briyani, Nasi Briyani Tandoori, Naan Cheese Tandoori dan Susu Badam Boster .
    Tetapi Susu Badam Boster hanya dijual sebelah malam.

    Lokasi : 93, Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang
    Koordinat : 5.416153, 100.338432

    Beriani Tandoori Restoran Kapitan, Pulau Penang
    Beriani Tandoori
  2. Nasi Kandar Tajuddin Hussain

    Menu yang wajib cuba adalah Nasi Kandar Ayam Rose bersama Gulai Kambing

    Lokasi : 51, Lebuh Queen, 10200 George Town Pulau Pinang

  3. Mee Goreng Sotong Hameed Pata

    Mee goreng sotong wajib dicuba. Memang lain dari yang lain. Tapi hari ahad mereka tutup!

    Lokasi : Padang Kota Lama (Stall no. 6), 10200 George Town, Pulau Pinang

  4. Roti Canai Transfer Road

    Lokasi : Jalan Transfer, 10050 Georgetown, Pulau Pinang

  5. Nasi Dalca Rahim

    Lokasi : Lebuh Queen (Lebuh Chulia), 10200 Georgetown, Pulau Pinang

  6. Nasi Kandar Kampung Melayu

    Lokasi : Flat Kg. Melayu, 11500 Air Itam, Penang

  7. Nasi Kandar Restoran Hameediyah

    Lokasi : Lokasi : 164 Lebuh Campbell, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

  8. Pasembur, Gurney Drive

    Pasembur di Gurney Drive seringkali menjadi tumpuan penggemar pasembur. Memang penuh. Yang paling sedap di Gerai No. 9. Kalau anda bernasib baik, boleh dengar pemilik gerai ini menyanyi lagu ‘rojak’ semasa menyediakan pasembur untuk pelanggan.

    Lokasi : Stall no. 9, Anjung Gurney
    Koordinate : 5.440272, 100.307968

    Pasembur Anjung Gurney, Gurney Drive Penang
    Pasembur Anjung Gurney! Sangat sedap!
  9. Original Penang Kayu Nasi Kandar

    Salah satu restoran nasi kandar original Penang yang menjadi tumpuan. Nak makan kena beratur panjang lebih kurang 15-20 minit baru sampai giliran.

    Lokasi : 15, Lebuh Nipah, Sungai Nibong Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang

    Kari Kepala Ikan Original Kayu Nasi Kandar
    Kari Kepala Ikan – RM55.00.

     

Macam mana? Terliur? Apa lagi, yang ada di Penang bercuti, jangan lupa singgah 9 lokasi kedai makan popular di Penang ini! Pasti puas hati!

3 thoughts on “9 Tempat Makan Sedap Di Penang‎. Wajib Cuba!”

Leave a Comment