Mee Rebus Tulang ZZ

Kalau ke Johor Bahru, tidak lengkap rasanya jika tidak merasai menu makanan istimewanya iaitu Mee Rebus.

Mee rebus sudah cukup sinonim dengan negeri Johor. Boleh di katakan cukup terkenal dengan kuahnya yang pekat dan mengamit hati ramai tak kiralah warga tempatan atau pengunjung dari seberang tambak.

restoran-sup-tulang-zz

Kali ini, kita berkesempatan untuk singah di di Restoran ZZ yang terkenal dengan Mee Rebus Tulang. Restoran yang terletak di Jalan Petri ini, di usahakan oleh En Zainal Abdul Aziz dan telah beroperasi pada mulanya secara kecil-kecilan seawal tahun 1975.

Gerai kecil yang di buka di tengah bandaraya Johor Bahru ini, pada asalnya hanyalah menjual roti tampal, mee rebus dan sup tulang sahaja. Sesuatu yang diluar jangkauan beliau, menu seringkas ini boleh menarik ramai pengunjung dan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan terutamanya daripada pegawai kerajaan sekitar kawasan.

Menurut beliau [quote]” Resepi ini pada mulanya saya belajar sewaktu saya bekerja di Singapura. Asalnya ia hanyalah sup tulang kambing dan lembu citarasa mamak India. Timbul pula idea, jika ianya di campurkan dengan mee rebus pasti menjadi lebih sedap lagi. Dengan sedikit pengubahsuaian, mengikut citarasa saya akhirnya jadilah mee rebus tulang Melayu,” ujar En. Zainal ringkas.[/quote]

mee rebus daging

Kini, restoran ini telah di ambil alih oleh anak beliau bagi meneruskan lagi legasi mee rebus tulang milik keluarganya.

Inilah antara menu yang mengamit selera ramai pengunjung untuk singgah di restoran ZZ . Antaranya, mee rebus tulang special, mee rebus daging, nasi ayam dan nasi ayam penyet.

Makanan dan minuman yang dipesan dah pun tiba.. Jom kita menjamu selera..

restoran-sup-tulang ZZ

Bagi yang tidak pernah mencuba, pasti akan terasa sesuatu yang berbeza dengan mee rebus tulang ni. Kuah mee rebus yang pekat dengan tulang yang penuh pasti akan melompat-lompat bila di nikmati. Memang memukau bila dapat menyedut lemak dengan straw.. Aduh! hingga tak perasan mak mertua melintas lah..

Apa yang lebih menarik lagi, bila dapat menikmati hidangan di bawah pohon-pohon yang rendang, sambil bersila di bawah pondok beratapkan daun nipah. Tempat makan yang selesa memang amat sesuai jika datang bersama keluarga pada hujung minggu.

hidangan di bawah pokok

Sangat sesuai sebagai hidangan makanan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Makan mee rebus tulang ni tak boleh kelang kabut.. kena relaks-relaks barulah dapat feel masa menyedut lemak dalam tulang dengan straw tu.. kalau makan nak cepat atau gopoh-gopoh mengejar masa.. tak dapat lah merasa kenikmatannya nanti..

Suasana santai di sini memang menarik minat pengunjung. Harga makanan berpatutan dengan layanan yang baik dan kebersihan juga amat memuaskan.

makan mee rebus ayam best

Tempat letak kereta di hadapan kedai juga sangat luas dan dapat menampung banyak kenderaan dalam satu-satu masa.
Restoran ini beroperasi dari pukul 7. 00 pagi dan tutup pada selewat-lewatnya pukul 2.00 pagi.

Selain kedainya yang cukup popular di JKR Daerah, Jalan Petri Johor Bahru, terdapat juga cawangan lain di Taman Setia Tropika Johor Bahru dan di No 7 Damansara Alif Johor Bahru.

[box_info]

Alamat : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul 7.00 am – 2.00 am[/box_info]

Peta:
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”1.466954,103.747864{}fastfood.png{}Restoran Sup Tulang ZZ, Jalan Petri, Johor Bahru” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

1 thought on “Mee Rebus Tulang ZZ”

Leave a Comment