Hidup sebagai pekerja ataupun student kat mana-mana pon pasti akan terikat dengan jadual dan masa. Kadang-kadang tu nak makan sampai tak sempat. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur, jika anda ingin sarapan yang lazat dan cepat, apa kata anda singgah ke Lan Roti Canai, Kerinchi ini.
Nak tau sebab apa saya kata sarapan siap sedia? Sebab roti canai kat sini dibuat secara terus-menerus. Kiranya, anda hanya perlu ke tempat pembuat roti canai dan ambil sahaja roti canai anda. Tapi hanya roti canai dan roti telur sahaja yang dibuat secara continuously. Kalau anda nak roti sardin ke, so baru dia akan buat baru. So bagi siapa yang rehat dalam sejam je, datang sini, ambik roti anda, makan then terus sambung kerja. Tak minat roti? Jangan risau. Ada saja sarapan lain seperti mee goreng, nasi goreng dan kuih muih.
Dari segi harga, kedai ni menawarkan harga yang berpatutan. Kalau dibandingkan dengan mamak di sekitar KL ni lah kan. Emm tapi bagi saya, saya suka makan roti canai dengan kari compare to kuah dal. Dan bagi saya, kari kat sini kureng sikit lah. Tak kena sangat dengan tekak saya. Tapi dal dia sedap.
Jadi, nak kejar punch card? Nak masuk kelas awal? Bersarapanlah di Lan Roti Canai!
Peta:
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.109581032831296,101.66849876311252{}fastfood.png{}Lan Roti Canai, Kerinchi” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]