Makan TengahariSeafoodTerengganu

Ikan Celup Tepung di D’Coconut, Pantai Teluk Ketapang

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra kanak-kanak
Parking
Bersih
Ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Fresh di Kuala Terengganu

Tumpuan utama apabila pelancong di dalam atau di luar negeri datang ke Kuala Terengganu semestinya disebabkan oleh Ikan Celup Tepung (ICT). Sajian ini tersangat popular di Terengganu. Boleh di katakan kedai atau warung yang menjual ikan celup tepung mudah ditemui terutama di Kuala Terengganu. jadi di mana nak cari ikan celup tepung yang rangup dan best? Kawasan yang sering menjadi tumpuan adalah Pantai Teluk Ketapang, dan juga Batu Rakit. Kali ini penulis sempat singgah di Restoran D’Coconut Ikan Celup Tepung, Pantai Teluk Ketapang.

Sebagai anak kelahiran Kuala Terengganu memang sudah sedia maklum jika singgah ke kedai atau warung celup tepung pada waktu musim cuti sekolah memang mencari nahas. Jadi, jangan merungut jika beratur panjang. Bila tengok ramai sangat beratur semangat untuk makan menjadi pudar dan tidak lagi berkobar-kobar. Bukan apa, sebab kesian kepada mereka yang datang dari jauh nak menikmati ikan celup tepung yang fresh atau segar di Kuala Terengganu.

Kedai makan D'Coconut, Pantai Teluk Ketapang

Kedai makan D’Coconut, Pantai Teluk Ketapang

Ini baru di deretan kedai Pantai Teluk Ketapang…..dah beratur panjang. Bagi mereka yang kurang sabar memang akan balik awal tak pun singgah kedai lain yang tak ramai. Tapi mungkin ikan celup tepung di situ tak sesedap di kedai yang beratur panjang la kan?

Kebanyakkan peminat ikan celup tepung di Terengganu kata ikan di sini semuanya segar, yang membezakan antara kedai-kedai ini adalah tepung yang digunakan. Ada yang terlebih masin, ada tepung yang tak rangup dan macam-macam.

Ikan Celup Tepung Pantai Teluk Ketapang

Santapan kami dipetang hari sambil menikmati angin sepui sepui bahasa di Pantai Teluk Ketapang

Pastikan anda memilih ikan kembung celup tepung, ikan pari celup tepung dan juga sotong goring tepung. Ini merupakan menu wajib jika datang ke Terengganu. Di Kuala Terengganu kebanyakkannya meletakkan harga genap RM5 ringgit sepinggan ataupun seekor.

Ikan Celup Tepung Pantai Teluk Ketapang 2

Ikan Kembung Celup – RM5 Seekor

Ikan Pari Celup Tepung - RM5 Seekor

Ikan Pari Celup Tepung – RM5 sekeping

Sotong celup tepung - RM5 Sepinggan

Sotong celup tepung – RM5 Sepinggan

Keropok lekor terengganu.

Keropok lekor terengganu. – 5 batang RM1

Terengganu memang tak lari dengan keropok lekor. Bezakan keropok lekor Terengganu dan negeri lain.? Yang pasti aslinya hanya di Terengganu. Kalau bab minuman memang tak lengkap kalau tak minum air kelapa muda. Ada dijual sebiji ada yang dijual secawan. Lagi syok kalau order air batu campur (ABC).. Minum di waktu petang memang menyegarkan!. Harga minuman jangan risau. Harga biasa dikenakan.

Overall bagi saya, ikan celup tepun di D’coconut Teluk Ketapang….boleh tahan. Cuma tepungnnya agak masin sedikit. Tetapi kedai ini tetap dikunjungi ramai orang. Sos pencicahnya sedap! Termasuh air ABC yang kami nikmati.

ABC di D'Coconut, Teluk Ketapang

ABC di D’Coconut, Teluk Ketapang.. Tak mahal pon.- RM2.50 je

Pelanggan yang menikmati Ikan celup tepung di D'coconut, Teluk Ketapang

Pelanggan yang menikmati Ikan celup tepung di D’coconut, Teluk Ketapang

Sape-sape hok dok pernoh makang Ikan Celup Tepong atau name femes dia ICT di Kuala Terengganu, mari pakat singgoh ganu kite. Makang celup tepung fresh-fresh belake. Pilih je mane nok makang. Pastikan ramai orang. Kang kalau dop rama, takot dop puah plop kang. Ok!.. Orang ganu kate, Sedap sungguh tee!!

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • ikan celup tepung
  • ikan celup tepung terengganu
  • sotong celup tepung terengganu
  • resepi ikan celup tepung
  • ikan goreng tepung
  • resepi ikan celup tepung terengganu
  • resepi ikan goreng tepung
  • resepi ikan celup tepung kuala terengganu
  • resepi sotong celup tepung terengganu
  • ikan celup tepung teluk ketapang
  • resepi ikan celup tepung rangup
  • pantai teluk ketapang
  • ikan celup tepung seberang takir
  • resepi sotong celup tepung batu rakit
  • teluk ketapang
  • celup tepung terengganu
  • ikan goreng tepung terengganu
  • ict kuala terengganu
  • ikan celup tepung di kuala terengganu
  • ict terengganu
Previous post

Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Ampang

Next post

Umang Umang BBQ Steamboat, Kg. Bukit Kapar

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *