Umang Umang BBQ Steamboat, Kg. Bukit Kapar

Bulan ini memang musim mencari restoran steamboat. Hari rabu lepas kami berkesempatan pergi ke Umang Umang BBQ Steamboat yang baru dibuka pada Febuari 2014.

Umang Umang BBQ Steamboat yang baru 2 bulan beroperasi ini terletak di Kg. Bukit Kapar, Klang. Tidak jauh, kira-kira 19km dari Uitm Shah Alam. Jadi student-student Uitm yang mencari-cari serta ingin mencuba BBQ steamboat buffet, boleh ke Umang Umang BBQ Steamboat.

Untuk mencari lokasi restoran ini tidak sesusah mana. Sebab kedainya memang open air dan dekat dengan jalan besar. Jika terlepas, cuba cari khemah merah yang menjadi trademark Umang Umang BBQ Steamboat.

Umang Umang BBQ Steamboat 6

Walaupun tidak mempunyai banyak pilihan seafood, tetapi Umang Umang BBQ Steamboat menjadi tumpuan ramai kerana harganya yang jauh lebih murah dari kedai lain. Selain itu, persekitaran terbuka membuatkan pelanggan lebih selesa. Kalau tengok susun aturnya nampak kemas.

Ramai pelanggan Umang Umang BBQ Steamboat meraikan hari lahir di sini. Tapi kalau nak sambut di hujung minggu, kena membuat tempahan atau booking dahulu. Sebab kata pemiliknya Fahrul Hilmi Misman, hujung minggu sentiasa penuh!.  Takut datang nanti tempat fullhouse.

Antara pilihan makanan steamboat yang terdapat di Umang Umang BBQ Steamboat
Antara pilihan makanan steamboat yang terdapat di Umang Umang BBQ Steamboat

Kalau anda berkunjung ke sini, pastikan anda tidak lupa untuk mencuba daging salai…..Memang sedap!! Memang istimewa sekali rasanya.

Di sini terdapat dua pilihan sup iaitu sup ayam dan tomyam. Macam biasa la, tomyam pasti menjadi pilihan.

Yang paling kami suka di sini, pertama kali jumpa kedai steamboat yang menyediakan rempah-rempah dan sos seperti sos cili, kicap, mayonis, thousand island, serbuk lada sulah dan lain lain. Untuk mereka yang suka pedas turut disediakan cili. So boleh masukkan dalam kuah tomyam tadi!.. memang puas hati!

Umang Umang BBQ Steamboat 7

Sos Istimewa Umang Umang BBQ Steamboat
Sos yang sebelah kiri bawah tuh sos istimewa dari Umang Umang Steamboat. Memang feeling ala – ala Korea beb! Sebab ada bijan!

Umang Umang BBQ Steamboat 3

Mereka yang meminati steamboat, memang akan bangun dan duduk ambil makanan berkali-kali. Kena ingat rule number one bila makan steamboat ialah makan sampai lebam! Jangan segan segan nanti rugi. Makan steamboat kena relaks, duduk 3-4 jam. Tapi kena aware la waktu tutup pukul berapa ye~ Kan kesian dekat tuan kedai tak tutup kedai sebab korang lepak lama sangat.

Umang Umang BBQ Steamboat 5

Makanan berat yang disediakan. Makanan ni bertukar setiap hari. Ni antaranya Nasi Goreng Kampung dan Kuey Teaw Goreng..Sedap!

Di sini dessert seperti aiskrim kena minta dengan pelayan. Nanti mereka akan hantarkan. Istimewa mengenai ais krim ni adalah ia dibuat oleh orang tempatan. Memang sedap dan kurang manis.

Nak lagi sedap makan dengan brownies berisi kacang walnut. Tetapi brownies ni ada hari-harinya sahaja. Kalau bertuah macam kami dapat la makan. Kami berasa beruntung sebab dapat makan brownies yang sedap! Boleh tempah untuk raya nanti.. eh~ haha. Brownies ni sebenarnya dibuat sendiri oleh kakak kepada pemilik Umang Umang BBQ Steamboat.

Umang Umang BBQ Steamboat 12
Tak sah kalau tak ada dessert. Lepas makan boleh mintak Aiskrim kat pelayan.. Aiskrim ni istimewa sebab ia dibuat orang tempatan.
Bersama Pemilik Umang Umang BBQ Steamboat
Bersama Pemilik Umang Umang BBQ Steamboat!..Sempoi!

Buffet Ramadhan 2014 mereka sudah bermula! Jangan lupa buat tempahan

[infobox]

Umang Umang BBQ Steamboat
Harga :
RM23 (dewasa), RM10.90 (kanak-kanak), RM13.90 (60 tahun keatas)
Waktu Operasi :
6.00 pm – 11.00 pm (Tutup hari Khamis)
Tempahan : 011-2816 9501
Lokasi : Jalan Sekolah, 42200 Kampong Bukit Kapar, Selangor, Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/umangbbqsteamboat

[/infobox]

[flexiblemap address=”Jalan Sekolah, 42200 Kampong Bukit Kapar, Selangor, Malaysia” title=”Umang Umang BBQ Steamboat”]

 

Leave a Comment