Cafe Lapis terletak di lokasi Wangsa Maju yang sedikit tersorok dari kafe sebelum ini yang pernah kami pergi ternyata dibanjiri ramai pelanggan, malahan pelanggannya juga dalam kalangan artis melayu iaitu Altimet yang sempat kami jumpa ketika untuk makan malam di sana.
Tiba kami di sini, dilihat seorang pelanggan sedang menunggu makanan yang dipesan. Rupanya pelanggan tadi menunggu makanan untuk take away. Jadi bolehlah anda buat pilihan makan di sini atau sebaliknya.
Melihat kepada dekorasi, terdapat kerusi putih dengan meja kayu panjang bersambung dengan dinding dihiasi dengan pelbagai design cantik.
Hiasannya tampak menarik kemas dan moden.
Kafe ini mempunyai dua bahagian iaitu di luar dan di dalam. Melihat kepada contengan lukisan di luar kafe sememang unik di mana hanya ada satu warna sahaja iaitu warna biru membawa maksud tersendiri menghiasi dinding yang kosong.
Untuk pengetahuan anda, nama Lapis asalnya dari Persian Blue Stone yang dipanggil Lapis Lazuli ini dikatakan makin lama dijaga makin cantik. Lapis dalam bahasa Latin adalah ‘Batu’ manakala Lazuli dalam bahasa Arab adalah ‘Biru’, maka directnya ‘Batu Biru’ disitulah munculnya nama Cafe Lapis.
Menu yang dicuba
Jika sebelum ini ‘spaghetti’ sering menjadi pilihan di mana-mana kafe. Kali ini beralih pandangan untuk rasa sedikit kelainan menu di Cafe Lapis.

Kalau anda nak tahu, walaupun namanya Cafe Lapis namun di sini tidak sediakan menu kuih lapis tetapi menu yang disediakan berkonsepkan ala western. Mergues Pot (RM18) salah satu menu istimewa dihidangkan bersama tomato based stew of mutton & beef dan baguette. Setiap suapan boleh membuatkan kita menutup mata menikmati kelazatannya. Roti baguette yang rangup diluar lembut didalam dicicah bersama tomato based stew of mutton & beef bersama dua biji telur rebus separuh masak memang membangkit selera kami di malam hari. Sekali suap rasanya sedikit masam manis bersama daging kambing dan lembu dikisar halus memang lembut. Kenyang perut pasti anda puas hati!

Diteruskan lagi hidangan kami dengan Egg Mayo Croissant (RM14). Salah satu sandwiches yang disediakan di sini. Walaupun tampak simple, bagi yang ingin makan makanan tak terlalu berat, totally recommended!
Croissant diisi dengan telur rebus hancur dengan mayo, salad dan bawang dipotong halus (tak pasti jenis bawang) bersama kentang goreng. Berlemak, sedikit masam dan tak terlalu berat hidangannya memang menambat hati kami.

Kami memilih Caramel Apple Float (RM8) sebagai pembasah tekak yang dahaga ini. Rasanya? Seperti air F&N Zapple bikarbonat. Betul-betul berlemak dan berkrim apabila digabung sekali Caramel Apple Float dengan Vanilla Ice cream.

Strawberry Tea (RM5) menjadi pilihan kami yang kedua. Dihidangkan dengan rasa teh stawberi asli bersama gula perang. Terpulang kepada anda nak sukat rasa manis mengikut citarasa sendiri. Walaupun aromanya begitu kuat namun rasa teh stawberi sedikit kurang.

Bagi pencuci mulut kami tertarik dengan Fudge Brownie + Ice Cream (RM7). Di sini dihidang tanpa Ice Cream dalam harga (RM5). Namun, kami cuba dengan Ice cream memang gabungan yang kecur air liur dibuatnya. Memang rangup dan rasa seperti ada Chocolate Chips bila Fudge Brownie yang rangup ini masuk ke dalam mulut.
Alamat Kafe Lapis:
No 3, Jalan Wangsa Delima 1A,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 03-41418297
Waktu Operasi:
Selasa-Ahad: 12pm-11pm
Jumaat: 3pm-11pm
Isnin: Tutup
Facebook: www.facebook.com/CafelapisKL
Instagram: @Cafelapiskl
GPS: LAT 3.197478 LONG 101.744473