15 Restoran Mamak Yang Awesome Untuk Berbuka Puasa! (Lembah Klang)

Selalunya , pada bulan puasa, kadang-kala tidak sempat sampai rumah untuk berbuka. Lebih-lebih lagi dengan kesesakan jalan raya, terutama di Lembah Klang. Ramai yang terpaksa berbuka puasa dalam kereta.

Beruntung jika yang ada kesempatan, boleh pergi bazar Ramadhan untuk membeli sedikit kuih-muih dan lauk-pauk pilihan.

Namun, kali ini saya tidak mahu bercakap tentang bazar Ramadhan. Mungkin ada antara anda yang tidak mahu bersesak-sesak di bazar Ramadhan bukan? Jadi lokasi ekspress yang terbaik untuk berbuka puasa adalah di restoran mamak. Saya ingin kongsikan tempat berbuka puasa di restoran mamak yang menjadi tumpuan di Lembah Klang.

Di mana?

1. NZ Curry House, Wangsa Maju, KL

Foto Kredit: Foursquare
Foto Kredit: Foursquare

Restoran NZ Curry House antara restoran mamak yang popular dan terkenal di Kuala Lumpur. Selain dari Wangsa Maju, ada beberapa cawangan lain di Kuala Lumpur, antaranya di KLCC, KLIA 2, Gombak, G Tower dan Danau Kota.

Restoran ini memang sering menjadi tumpuan kerana makanannya dan juga kawasan restoran yang kemas dan teratur. Kalau makan di NZ Curry House, makanan wajib yang sering dipesan pelanggan adalah :

  1. Nasi Kandar
  2. Maggi Goreng
  3. Ayam Tandoori & Roti Naan
  4. Roti Canai.

Dari makanan mamak sehingga ke makanan Thai ada di sini!

Lokasi : Jalan 5/26A, Section 5, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur

[flexiblemap address=”nz Curry House Wangsa Maju Kuala Lumpur Federal Territory of Kuala Lumpur” title=”NZ Curry House, Wangsa Maju”]

2. Restoran Nasi Kandar Nur Alif, Petaling Jaya

Bagi anda yang berada di Petaling Jaya, atau bekerja di Petaling Jaya, mungkin boleh ke Restoran nasi Kandar Nur Alif untuk berbuka puasa.

Menu yang selalu dipesan di sini adalah nasi kandar, mee goreng mamak dan juga roti canai. Tambahan lagi, Restoran Nasi Kandar Nur Aliff turut menyediakan ruang untuk mengadakan perbincangan yang cukup selesa.

Lokasi : No 50-G, Jalan PJS5/30.Pusat Perdagangan Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya, Selangor

[flexiblemap address=”50-G, Jalan PJS5/30.Pusat Perdagangan Petaling Jaya Selatan” title=”Restoran Nasi Kandar Nur Alif, Petaling Jaya”]

3. Restoran Ibrahim Maju, Semenyih, Selangor

Restoran Ibrahim Maju
Foto kredit : FourSquare

Restoran Ibrahim Maju yang terletak di Semenyih antara restoran mamak yang terkenal di sini. Kalau dilihat di FourSquare, restoran Ibrahim Maju mendapat rating 5.8/10.

Apa yang special? Teh Tarik. Mungkin boleh jadi tempat lepak berbuka puasa ataupun sahur!

Lokasi : No.3, Jalan Seri Baiduri 1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor.

 

4. Restoran Fazlina Maju, Selayang

Kalau anda berada di Selayang atau sekitar Batu Caves, Restoran Fazlina Maju antara restoran mamak yang agak popular. Terletak berdekatan dengan UiTM Kampus Selayang.

Restoran ini mendapat rating 6.1/10 di Foursquare. Antara makanan special  roti bakar telur, nasi goreng paprik daging, roti bom dan cheese nann tandoori.

Terliur pula bulan puasa bila sebut Cheese Naan!

Lokasi : No.1, Jalan PS/8, Prima Selayang, Selayang

 

5. Restoran ABM Mydin Corner, Puchong

restoran-abm-mydin-corner-puchong

Bagi penduduk Puchong pasti tahu restoran ini. Agak terkenal dengan kelajuan Internet dan boleh dikatakan password internet sering bertukar. Agak kelakar kerana masing-masing berkongsi password wifi restoran ini di FourSquare. Haha. Rating disini adalah 5.6/10.

Apa yang special disini adalah roti canai, roti tisu, teh tarik kurang manis dan roti cheese. Sebenarnya banyak lagi makanan yang boleh anda cuba untuk berbuka puasa disini. Sering menjadi tumpuan untuk berbuka puasa!

Lokasi: No 2-1, Jalan Puteri 7/10, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

 

6. Restoran Maalini Curry House, Puchong

Restoran Maalini Curry House

Restoran Maalini merupakan restoran makanan India dan juga makanan Melayu. Kalau rasa nak berbuka dengan banana leaf dan tak mampu nak ke Bangsar, di sini ada hidangan banana leaf untuk anda!

Selain nasi daun pisang, makanan melayu disini agak sedap dan mendapat pujian antaranya tomyam, mee goreng, maggi goreng, dan sup ayam! Tomyam wajib anda cuba kalau datang kesini!

Rating Foursquare 6.9/10.

Lokasi : Lot A & B 88-1, Jalan Puchong, Batu 7, Taman Kinrara, 47100, Puchong

 

7. Restoran Ahsiah Food Corner, Jalan Ipoh

Restoran Ahsiah

Kalau dah tersekat dalam jem dan berada di Jalan Ipoh, boleh singgah di restoran Ahsiah Food Corner untuk berbuka puasa.

Penggemar nasi goreng mungkin boleh cuba nasi goreng mamak disini. Dikatakan agak sedap. Selain itu bihun sup juga dikatakan menjadi favourite pengunjung disini.

Rating di Foursquare 5.9/10.

Lokasi : No 246, Jalan Ipoh, Batu 2, Kuala Lumpur

 

8. Restoran Barakath Corner, Batu Caves.

Restoran Barakath

Bagi anda yang berada di Batu Caves, boleh singgah di restoran ini untuk berbuka puasa. Restoran ini dikatakan popular dengan nasi beriyani dan juga nasi kandar.

Tiada check-in point dan rating di Foursquare, tetapi di Facebook Restoran Barakath Corner mendapat rating 4.1/5.

Lokasi : No. 21, Jalan 2A/1, Taman BBS, Fasa 2A, Batu Caves, Selangor.

 

9. Restoran Al-Berkath Curry House, Petaling Jaya

Petaling Jaya salah satu lokasi yang agak jem kalau tak keluar pejabat awal. Apa kata berbuka puasa di restoran Al-Berkath Curry House yang terletak di Jalan Bukit 11/2.

Makanan yang special kat sini adalah roti naan bersama sos mint, Maggi goreng, tosei garing dan juga ayam goreng. Servis disini agak cepat untuk menu yang sedia ada.

Rating di Foursquare 6.3/10.

Lokasi : No 11, Jalan Bukit 11/2, Petaling Jaya, Selangor.

 

10. Restoran Najath, Kepong

restoran-najath-kepong

Salah satu restoran mamak sedap di Kepong dan diberi komen yang positif oleh penggemar restoran mamak di FourSquare, yang mendapat rating 6.0/10

Apa yang menarik disini, roti canai, telur ayam kampung, roti salad, laksa, Maggi goreng dan nasi goreng ayam.

Rata-rata yang pernah makan disini memberi komen positif untuk Restoran Najath. Mungkin patut anda cuba berbuka disini untuk tahu sendiri apa lagi yang istimewa!

Lokasi: No. 1587-G, Jalan E3/11, Taman Ehsan, Kepong, Selangor.

 

11. Restoran Anuja, Kepong

restoran-anuja-kepong

Satu lagi restoran mamak di Kepong yang menjadi favourite ramai. Restoran ini terletak di Taman Usahawan Kepong. Restoran utama restoran ini ada di Jalan Pudu.

Apa yang special disini ialah nasi lemak! Harus la cuba kalau anda penggemar nasi lemak.

Rating Foursquare 6.1/10

Lokasi: 16, Jalan Metro Perdana 8 (Taman Usahawan Kepong), 52100 Kepong, Kuala Lumpur

 

12. Restoran Ali Food Corner, Damansara

restoran ali food

Di Damansara, ada satu restoran mamak yang dikatakan harga agak berbaloi. Kalau dalam bahasa Inggeris, reasonable price. Iaitu restoran Ali Food Corner.

Nasi goreng agak berpatutan harga dan sedap. Selain dari nasi goreng, yang special disini adalah kari dal dan juga ayam goreng.

Tapi rating di Foursquare tak tinggi, cuma 5.2/10.

Lokasi : Jalan Meranti SD 13/5, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

 

13. Restoran Sri Kassim, Sungai Besar

Restoran Sri Kassim

Bagi anda yang berada di Sungai Besar, boleh ke Restoran Sri Kassim untuk berbuka puasa. Restoran ini terkenal dengan nama RSK.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan antara yang popular adalah roti tisu, roti canai dan nasi beriani.

Agak popular dengan rating 6.6/10 di Foursquare. Selain di Sungai Besar, RSK ada cawangan di Tanjung Karang dan juga Sekinchan dengan nama Restoran Zam Zam.

Lokasi : Lo 1611 Medan Sg. Besar, 45300, Sg Besar Selangor

 

14. Restoran SK Corner, Puchong

Satu lagi restoran mamak di Puchong terletak di Batu Dua Belas. Restoran SK Corner menyediakan makanan Melayu dan India.

Antara yang special adalah tomyam dan ayam goreng.

Tapi rata-rata komen di Foursquare menyatakan restoran ini mempunyai s

15. Restoran A.K Din Maju, Puchong

Ini satu lagi restoran mamak di Puchong. Bukan hanya sesuai untuk makan-makan, lepak-lepak bersembang di sini selepas berbuka pun selesa.

Lokasi : No 19, Jalan Puchong Permai, Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor

 

Rasa kembung perut selepas berbuka puasa?

Selesai berbuka puasa, jika anda mengalami rasa perut tidak selesa, ada kemungkinan yang anda mengalami masalah ketidakhadaman.

Makan terlalu banyak, makan terlalu cepat dan makan makanan pedas atau berminyak adalah antara punca ketidakhadaman.

Gejala yang paling jelas ialah perasaan kembung atau rasa sangat penuh yang selalunya berlaku akibat makan secara berlebihan.

eno-perisa-biasa-lemon-halia-nenas-oren

Apabila mengalami masalah ketidakhadaman, apa yang kita mahukan ialah kelegaan cepat. Cubalah ENO!.

ENO sungguh menyegarkan dan mempunyai lima perisa – Biasa, Lemon, Halia, Nenas dan Oren.

*Nota: Entri ini ditaja oleh ENO

 

Akhir kata

Cukup 15 lokasi restoran mamak untuk berbuka puasa di kawasan Lembah Kelang. Bukan apa, senang buat senarai ini jika tiba-tiba buntu dan tidak tahu nak berbuka puasa di mana.

Ingat, jangan makan berlebihan kerana nanti akan jadi malas untuk solat Terawih. Jangan juga membazir kerana itu amalan syaitan.

Selamat menjalani ibadah puasa!

Leave a Comment