Restoran Rebung, Bangsar

Bercakap mengenai Restoran Rebung, ianya memang sangat sinonim dengan Chef selebriti yang tersohor iaitu Chef Ismail. Restoran ini adalah ilham dan kolaborasi di antara dua sahabat baik iaitu Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan juga Chef Ismail. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa restoran ini begitu terkenal di kalangan selebriti dan orang kenamaan di negara kita.

[quote]Dengan hiasan yang bercirikan ala-ala kemelayuan dan kontemporari di seluruh kawasan restoran, ianya memang menyerlahkan lagi nilai-nilai estetika Melayu itu sendiri.[/quote]

Restoran ini menyediakan hidangan masakan Melayu tradisi. Bagi mereka yang jarang-jarang dapat menikmati masakan Melayu tradisional, inilah tempat terbaik untuk mereka mencuba sendiri keenakan dan keaslian makanan sanjungan orang Melayu.

Kami tiba di Restoran Rebung pada tepat jam 3.00 petang. Sebelum ini kami pernah menikmati hidangan buffet tengahari di sini, jadi kami mengambil keputusan untuk mencuba hidangan hi tea pula kali ini.

restoran-rebung
Restoran Rebung / Rembau House
restoran rebung_ala_carte menu
Menu Ala Carte di Restoran Rebung
restoran-rebung
Konsep Restoran Rebung
restoran rebung interior
Interior design di Restoran Rebung. Menarik kan?

Restoran ini terletak betul-betul berhadapan dengan Wisma Volkwagen di Lorong Maarof, Bangsar. Tempat ini dikelilingi oleh perumahan dan kawasan perniagaan mewah kerana Bangsar memang terkenal sebagai kawasan ‘orang kaya’ dan ‘orang terkenal’.

Masalah utama di sini adalah tempat letak kenderaan yang sangat terhad. Mungkin kebetulan kami datang ke sana pada hari Ahad petang, maka adalah rezeki kami untuk dapat tempat letak kereta berdekatan dengan restoran hari ini. Jika tidak, pelanggan perlu mengambil risiko untuk meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan dan juga mereka mungkin boleh disaman.

Hanya ada beberapa orang pelanggan sahaja ketika itu, mungkin ianya disebabkan waktu untuk buffet tengahari baru sahaja selesai. Tiada seorang pun pelayan yang menyambut kami ketika ini, malah kami juga rasa tidak selesa kerana laluan atau kemudahan untuk mereka yang kurang upaya atau ibu bapa yang membawa kereta sorong untuk anak-anak tidak disediakan.

Agak sedikit kesal, kerana melihat kepada ke’gah’an restoran ini, kami tidak sangka perkara seperti ini dianggap remeh oleh pengurusan di sini.

restoran rebung
Restoran Rebung

Tidak banyak menu untuk hi tea yang disediakan ketika ini, hanya ada pilihan laksa, mi / bihun sup / rebus, rojak dan sedikit kuih-muih sebagai minum petang yang kami anggap harga untuk buffet hi tea ni agak tidak setimpal dengan makanan yg ada. Kami akhirnya memilih untuk mencuba hidangan ala carte yang terdapat di dalam buku menu.

Sekurang-kurangnya, adalah idea untuk kami review mengenai makanan di sini. Kami memesan sepinggan Nasi Goreng Seafood, Nasi Goreng Cendawan Bersos, sepinggan Popiah Basah dan sepinggan Cucur Bawang yang dikatakan agak terkenal di sini oleh pelayan yang mengambil pesanan kami.

Inilah rasanya masa untuk kami mencuba menu lain selain hidangan berlauk masakan kampung yang biasa kami makan di sini. Sebagai penghilang dahaga, kami memesan segelas air Janda Pulang (air kelapa dicampur sirap) dan juga segelas Kopi O Kampung. Jumlah harga yang kami makan hari ini ialah RM 69.85 untuk kesemua hidangan ala carte yang kami pesan.

restoran-rebung
Nasi Goreng Cendawan
restoran rebung nasi goreng seafood
Nasi Goreng Seafood
restoran rebung popiah basah
Popiah Basah
restoran rebung cucur bawang
Cucur Bawang

Memang tidak disangkal keenakan lauk-pauk masakan Melayu di Restoran Rebung agak sedap dan jarang-jarang boleh di dapati di tempat lain. Tapi jika dibandingkan dengan harga setiap hidangan, ianya adalah sedikit mahal.

Padanlah dengan makan di restoran seorang chef yang terkemuka, hidangannya pasti lebih ‘istimewa’ dan harga yang sedikit mahal.

Kawasan restoran yang agak luas membolehkan tempat ini sesuai dijadikan tempat untuk ‘family gathering’ atau majlis yang sederhana besarnya. Selain itu, Restoran Rebung Chef Ismail ini juga menyediakan perkhidmatan katering di seluruh Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dan tempahan boleh dibuat melalui telefon atau email.

Kesimpulan yang boleh kami berikan selepas makan di sini ialah, makanan di Restoran Rebung ini agak mahal jika nak dibandingkan dengan hidangan dan rasanya, tidak ada kemudahan untuk orang OKU dan pelayannya yang agak kurang mesra pelanggan yang mana pihak pengurusan di sini seharusnya ambil serius dengan masalah ini.

Sesekali berubah angin makan di sini, boleh la. Jika nak selalu ke sini, memang tidak rasanya.

Waktu beroperasi Restoran Rebung: Setiap hari

12.00 pm – 3.00 pm (Lunch Buffet)
3.00 pm – 6.00 pm (Hi Tea Buffet)
6.00 pm – 11.00 pm (Dinner Buffet)

Harga :

  • Lunch Buffet – RM 40.00 nett
  • Hi Tea Buffet – RM 30.00 nett
  • Dinner Buffet – RM 50.00 nett

[infobox]

Restoran Rebung Chef Ismail
4-2 & 6, Lorong Maarof,
Bangsar Park,
59000 Kuala Lumpur

Tel: +603 – 2283 2119
Faks : +603 – 2283 4775
Website : www.rebung.com.my
Email : [email protected]

Koordinat : 3.127741,101.676123

[/infobox]

[flexiblemap address=”4-2 & 6, Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur” title=”Restoran Rebung”]

Leave a Comment