Restoran Nelayan Titiwangsa

[dropcap]R[/dropcap]estoran Nelayan Titiwangsa tidak banyak berubah sejak kali terakhir kami datang ke sini pada 5 tahun yang lalu. Seperti yang diketahui, restoran ini menyediakan hidangan steamboat bermula pada sebelah petang pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Pada waktu makan tengahari sekitar jam 12.00 pm hingga 2.00 pm pula, hidangan yang disediakan adalah secara ala carte dan lunch buffet.

restoran nelayan front

restoran nelayan_lanskap

restoran nelayan buffet_nasi_lauk

Restoran ini terletak betul-betul di dalam Taman Tasik Titiwangsa berhadapan dengan Litar Kereta Kawalan Jauh. Jika anda dari Jalan Tun Razak, selepas bulatan Pahang, jalan terus sehingga nampak papan tanda Jalan Temerloh atau Pusat Darah Negara dan belok ke kiri di simpang tersebut. Jalan terus menyusuri tasik sehingga anda sampai di Litar Kereta Kawalan Jauh yang berada di kanan bahu jalan. Tempat letak kereta yang disediakan di sini adalah percuma dan jumlahnya cukup untuk menampung bilangan kenderaan bagi pelanggan yang datang ke sini.

pelanggan restoran nelayan

Kami tiba di sini pada jam 8.30 malam untuk menikmati steamboat yang disediakan. Kelihatan tempat duduk sudah hampir penuh ketika itu. Majoriti pelanggan yang datang adalah berbangsa Melayu. Seperti yang diterangkan oleh Pengurusnya ketika itu, Encik Agus, Restoran Nelayan Titiwangsa ini telah mendapat sijil pengiktirafan halal dari JAKIM. Walaubagaimanapun, plague halal tersebut belum lagi siap untuk dipaparkan di hadapan restoran ini. Restoran ini mempunyai 3 ‘private hall’ yang boleh disewa untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan.

restoran nelayan fishball

restoran-nelayan
restoran-nelayan

restoran nelayan restoran nelayan

Dewan terbesar di sini boleh menempatkan sehingga 500 orang tetamu. [quote align=’left’]Secara kasarnya, Restoran Nelayan Titiwangsa ini boleh menerima kunjungan dari 1500 – 2000 orang tetamu pada satu-satu masa.[/quote] Cukup selesa untuk mereka yang ingin mengadakan ‘family gathering’ atau ‘annual dinner event’ untuk syarikat. Pelanggan hanya perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis ingin diadakan di sana. Di restoran ini juga disediakan tempat solat (surau) untuk kemudahan pelanggan yang datang dan kedaannya agak bersih dan selesa. Ingin juga diingatkan, restoran ini hanya menerima bayaran secara tunai sahaja.

Tidak banyak pilihan makananan laut yang disediakan pada malam ini. Padanlah dengan harga RM 29.00 seorang yang dikenakan pada saya. Hanya ada udang sederhana besar, ketam kecil dan sotong rendam selain pilihan beberapa jenis bebola ikan sebagai tambahan kepada menu steamboat tersebut. Pada pendapat saya, sup untuk steamboat ini agak pedas di lidah saya dan rasanya kurang sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tidak tahan pedas. Hidangan nasi ala-ala buffet juga disediakan bersama deretan lauk-pauk masakan melayu yang tidak kurang sedapnya beserta pilihan buah-buahan dan pencuci mulut tradisional yang sangat lazat.

restoran nelayan_steamboat

Suasana di restoran ini riuh-rendah dengan pelanggan yang datang secara beramai-ramai dengan teman-teman atau keluarga. Boleh dikatakan keadaannya tidak ubah seperti restoran steamboat cina. Walaubagaimanapun, keadaan meriah inilah yang mengundang rasa gembira pelanggan yang hadir sambil kami didendangkan dengan alunan muzik sentimental yang menenangkan jiwa.

[quote align=’right’]Dengan harga yang amat berpatutan, sesuai dengan kualiti makanan dan servis yang kami terima, kami pasti akan ke sini lagi suatu hari nanti bersama keluarga.[/quote]

Seperti yang dikongsikan diatas, restoran ini sesuai sebagai tempat untuk ‘family gathering’ atau majlis ‘reunion’ selain majlis perkahwinan.

Harga untuk Steamboat (per pax):

Hari Sabtu dan Ahad :-

  • Dewasa (12 tahun ke atas) : RM 29.00
  • Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 14.50

Hari biasa (Isnin – Jumaat) :-

  • Dewasa (12 tahun ke atas) : RM 26.00
  • Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 13.00

[infobox]

Restoran Nelayan Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur
Tel: +603 – 4022 8400

Waktu beroperasi : Setiap hari
12.30 pm – 2.30 pm (Lunch buffet)
6.30 pm – 10.30 pm (Stamboat)

Koordinat : 3.177421,101.710771

Facebook Restoran Nelayan Titiwangsa
[/infobox]

[flexiblemap address=”Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur” title=”Restoran Nelayan Titiwangsa”]

 

1 thought on “Restoran Nelayan Titiwangsa”

Leave a Comment