Lontong Klang- Lontong Sedap Pilihan Ramai Sejak 1970. Lebih 45 Tahun!

Lontong merupakan antara menu wajib ada setiap kali tiba Hari Raya. Lontong dan Kuah Lodeh selalunya dihidangkan pada waktu sarapan pagi dan boleh dikatakan menu sarapan sihat dengan variasi bahan-bahan yang digunakan seperti nasi himpit, tempe, sayur-sayuran dan pelbagai lagi.

Di luar musim perayaan, menu lontong sedap ini agak sukar diperoleh. Tidak banyak restoran atau kedai makan yang menyediakan menu ini. Mujurlah ada Lontong Klang yang menjadi pilihan ramai sejak 1970 dan sudah mempunyai tiga cawangan iaitu di Shah Alam, Klang dan Bukit Tinggi.

img_1411

Kali ini, kami berpeluang bersarapan pagi di salah satu premis Lontong Klang di Bukit Tinggi. Lokasi premis 2 pintu ini tidak jauh dari AEON Bukit Tinggi, Klang. Menu utama yang ditawarkan semestinya Lontong, di samping nasi lemak, roti canai dan pelbagai minuman.

Harga Lontong Sedap yang ditawarkan ialah:
  • Lontong Biasa – RM4.00
  • Lontong Sotong – RM5.00
  • Lontong Telur Goreng – RM5.00
  • Lontong Ayam – RM7.00
  • Lontong Special – RM7.50

img_4460

Pilihan utama kami adalah Lontong Special. Nak tahu apa isi kandungan Lontong Special ini? Ya, ia adalah gabungan lontong sotong & telur goreng, dan semua bahan asas diletakkan sebanyak dua kali ganda. Sebenarnya untuk mereka yang ambil sarapan dalam kuantiti yang kecil, menu Lontong Special ini boleh dimakan untuk dua orang. Rasa kuahnya memang sedap, ada pedas-pedas manis. Nak rasa pedas, boleh mintak tambah sambal untuk lebih kick.

img_1415

Nasi Lemak Telur RM3 ini juga patut dicuba apabila berkunjung ke Lontong Klang. Keunikan nasi lemak ini ialah, rasa lemak-lemak nasi yang dikukus menggunakan santan segar. Sambal juga ada ‘kick’, tidak terlalu pedas dan ada rasa manis-manis.

Lontong Sedap

Lontong Ayam. Perbezaan dengan Lontong Special ialah ayam goreng yang rangup dijadikan bahan utama. Pertama kali mencuba Lontong Ayam Goreng, menarik tapi mungkin tidak kena selera bagi sesetengah orang. Kami lebih gemarkan Lontong Special dengan gabungan sotong dan telur goreng.

img_1417

Pilihan yang gemarkan sarapan tidak terlalu berat, bolehlah memilih Lontong Telur Goreng (RM5.00) ini. Menariknya, keropok keping berwarna-warni ini juga didatangkan bersama menu ini.

Jadi, nak makan lontong, sudah tidak perlu menunggu musim perayaan kan? Bila-bila masa sahaja boleh datang ke mana-mana cawangan Lontong Klang yang berdekatan denga anda!

Selamat bersarapan pagi!

Alamat Cawangan Lontong Klang:

KLANG: 144, Emporium Makan, Jalan Pasar Klang, Klang.

SHAH ALAM: No.20, Jalan Zirkan E7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.

BUKIT TINGGI: No.19-03 & 04, Jalan Remia 2/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang.

Leave a Comment