1. Apakah MySelera.com?
Kami berhasrat menjadikan MySelera.com sebagai tempat sehenti iaitu “one-stop center” yang dapat memberikan review yang adil (unbias review) pada makanan dan restoran tertentu di Malaysia, dan seterusnya ke seluruh dunia.

2. Kenapa wujudkan yang baru, sedangkan banyak food blog sedia ada di Malaysia?
Ini kerana kebanyakan food bloggers adalah bukan dari yang beragama Islam. Tentu anda pernah melayari beberapa blog, gambar makanan memang cantik, menggiurkan, tetapi ia adalah makanan yang tidak halal contohnya babi/pork dan sebagainya. Tentu hilang selera bukan? Selain itu, kalau makanan adalah 100% halal, sesiapa saja boleh makan, tak kira agama dan bangsa.

Antara lain, food blogger terlalu ramai, tetapi tidak standardize. Hanya review secara suka-suka. Oleh itu, kami ingin mengumpulkan yang terbaik agar dapat menjadi panduan pada yang lain.

3. Jadi, apakah konsep sebenar MySelera.com?
Islam itu indah. Kami berpegang kepada konsep halal dan kebersihan. Jadi, konsep yang ingin kami bawakan adalah berasaskan kepada makanan di restoran yang halal. Tagline “Makan tanpa was-was”. Kenapa tak perlu was-was? Ini kerana review adalah dilakukan oleh orang Islam sendiri. Secara tidak langsung, dapat pahala juga.

4. Kenapa lancarkan MySelera? Ada apa-apa agenda dengan pemilik restoran?
Secara jujur, kami tiada apa-apa agenda tersembunyi. Buat masa ni tiada kolaborasi dengan mana-mana pemilik restoran. Kami bermula hanya kerana minat, passion dan suka-suka. Kami berharap anda pembaca juga mempunyai passion yang sama. Tetapi mana tahu, satu hari nanti, pemilik restoran terbaca review yang ditulis, dia berminat untuk menaja kami.