Saffron Brasserie di Ancasa Hotel & Spa adalah tempat yang sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga, di mana Ramadan kali ini mereka menyediakan pelbagai hidangan tradisional Melayu dimasak mengikut resepi turun temurun oleh chef terhandal mereka.
Buffet Ramadhan 2015 Ancasa Hotel
Dengan tema ‘Selera Desa’, Ramadan Buffet kali ini mempunyai lebih daripada 120 hidangan termasuk gerai-gerai yang menawarkan makanan tradisional kegemaran seperti Cucur Udang, Apam Balik, Nasi Kerabu dan Satay.
Selain itu, bagi penggemar nasi, antara lauk yang menjadi faveret disini adalah Asam Pedas dan juga Sambal Udang Petai.


Nasi Briyani & Rendang Burung Puyuh dan Itik
Mencari apa yang special di Buffet Ramadhan Ancasa Hotel & Spa? Disini turut menyajikan Rendang Itik & Rendang Burung Puyuh untuk dimakan bersama Nasi Briyani. Siapa yang biasa makan Nasi Briyani dengan rendang daging, kali ini cuba pula dengan Rendang Burung Puyuh dan juga Rentak Itik!

Selain dari tiu, menu yang tidak boleh dilepaskan adalah gerai Ikan Bakar, di mana pelbagai makanan laaut dan daging bakar dihidangkan dengan pelbagai sos.
Tak lupa, kuih muih tradisional seperti kuih ketayap, acar berlauk, dan pulut kelapa parut serta buah-buahan untuk santapan.
Persembahan muzik Ghazal juga menambahkan lagi suasana nostalgia berbuka puasa di kampung bersama keluarga dan rakan-rakan.
‘Selera Desa’ Ramadan Buffet dihidangkan setiap hari dari 22 Jun to 16 Julai 2015 6.30 petang sehingga jam 10.00 Malam. Dengan harga termasuk GST hanya RM65.00 nett (Dewasa) & RM45.00 nett (Kanak-kanak).
Ancasa Hotel & Spa terletak berdekatan dengan Pudu Sentral / UTC, Saffron Brasserie dan senang untuk dikunjungi dengan pengangkutan awam seperti Bas, LRT Plaza Rakyat dan teksi.
Bagi anda ingin berbuka puasa di Buffet Ramadhan Ancasa Hotel & Spa boleh buat tempahan di 03-20266060 ext. 7901 / 7902
Ada sijil halal ke hotel ni? Jangan risau, Saffron Brasserie @ Ancasa Hotel & Spa ini mempunyai sijil Halal dengan no siri JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 2 024-01/2009 sah sehingga 15//2015