Restoran Kapitan Lebuh Chulia. Pertama kali kami mencuba makanan disini kerana restoran ini dikatakan antara restoran Nasi Briyani yang popular dan sedap di Pulau Pinang.
Memandangkan pertama kali singgah, sesat juga la sebab ada dua restoran kapitan di Lebuh Chulia. Sebenarnya Restoran Kapitan terletak berdekatan dengan Masjid Kapitan Keling. Berada di sebelah kanan traffic light sahaja.

Restoran Kapitan terkenal dengan makanan Nasi Briyani Claypot. Masa tiba di restoran, boleh dikatakan penuh dengan pelanggan. Sehinggakan ada pelanggan yang tak jadi makan kerana terpaksa menunggu lama. Oh ya, restoran ini ada dua tingkat, bahagian atas dan bawah.
Selepas menunggu 20-30 minit, baru pelayan datang mengambil pesanan kami. Memandangkan kami tiba waktu tengah hari, tak dapat merasa air Susu Badam Boster yang menjadi signature drink disini. Rupa-rupanya Air Susu Badam Boster hanya ada pada waktu malam sahaja.
Untuk makanan kami pesan nasi briyani claypot kambing, nasi briyani claypot ayam, nasi briyani ayam tandoori, naan cheese tandoori dan juga naan original tandoori.
Apa beza Nasi Briyani Claypot dengan Nasi Briyani biasa?
Nasi briyani claypot ayam dihidang dalam claypot (tembikar), manakala nasi briyani ayam tandoori dihidang atas tray biasa.
Selain itu, nasi briyani ayam claypot terdapat daun pudina dan yogurt campuran sayur dan kuah kari. Tetapi nasi briyani ayam tandoori terdapat sambal hijau, sambal merah, kuah dal dan juga campuran bawang serta limau.


Agak pelik nasi briyani ayam tandoori tidak diletakkan dalam claypot. Ingatkan nasi briyani ayam tandoori ni bukan claypot, rupanya dalam resit tertulis “A/T NB Claypot”.


Betul ke sedap Restoran Kapitan?
Bagi kami kalau nak dibandingkan nasi briyani ayam claypot dan juga nasi briyani ayam tandori, kami lebih suka nasi briyani ayam tandori kerana mempunyai sambal merah yang lebih menyedapkan. Kalau tak ada sambal ini terasa sedikit kosong dan rasa tak lengkap pada nasi briyani.
Antara ayam tandoori dan daging kambing, ternyata ayam tandoori lebih sedap. Manakala daging kambing sedikit rasa masin. Memang anda patut cuba nasi briyani ayam tandoori di Restoran Kapitan.


Roti naan biasa dan naan cheese, agak lembut. Memang sedap kerana sambalnya.
Harga
- Nasi Briyani Claypot Ayam Tandoori – RM10.00
- Nasi Briyani Claypot Ayam – RM9.00
- Nasi Briyani Kambing – RM10.50
- Roti Naan Ayam Tandoori – RM9.00
- Roti Naan Cheese Ayam Tandoori – RM10.50
- Air Manggi Lassi – RM3.80.
Secara keseluruhan makan untuk 7 orang hanya RM96.70.
Bagi anda yang nak merasa kesedapan nasi briyani Restoran Kapitan, boleh singgah ke alamat dibawah:
[infobox]
Restoran Kapitan
93, Lebuh Chulia, Georgetown, Pulau Pinang
Waktu operasi : 24 jam
Koordinat : 5.416153, 100.338432
[/infobox]
Poor service always. Even if there in no crowd.
Yes agree. Ppl too crowded. Workers always walk here there like bz but don’t really do work.