Cendol Seksyen 7 Shah Alam, Belakang UNISEL

Musim Panas, musim yang sesuai untuk minum dan makan makanan sejuk. Antaranya adalah cendol! Mencari dimana cendol sedap di Shah Alam. Erm.

Terdapat satu gerai cendol Melayu yang yang menjadi tumpuan di Shah Alam iaitu di Seksyen 7, terletak di belakang UNISEL. Tak susah pun nak cari. Boleh nampak gerai ini selepas masuk simpang ke Seksyen 7 belakang Unisel.

Ia hanya sebuah gerai yang kecil dari sebiji motor sahaja, terletak di atas bukit. Boleh tahan ramai yang datang makan cendol disini.

Cedol Seksyen 7, Shah Alam
Cendol pulut cendol pulut!

Ada beberapa pilihan cendol yang ada disini iaitu Cendol biasa, Cendol Pulut dan Cendol Tapai. Selain dari cendol ada juga Laksa Utara!.

Kombinasi terbaik apabila boleh minum petang cendol dengan laksa!

Makan atas bangku plastik santai-santai tepi jalan! Konsep kat gerai ni, order, makan dan bayar.

Minum petang di Cedol Seksyen 7, Shah Alam

Nikmat makan cendol musim panas!

Memang nikmat makan cendol di musim panas. Cendol Seksyen 7 Shah Alam ini boleh dikatakan sedap. Cukup rasa dan pulut dia banyak. Sesetengah penjual cendol ada yang kedekut pulut. Tapi yang ini memang banyak. Kuah manis dan berlemak. Cukup rasa.

Kalau ada pilihan jagung atau kacang mesti lagi sedap kan?

Laksa pula, bagi saya biasa-biasa sahaja. Kurang rasa, dan kurang umphh! Atau sebenarnya Laksa Utara dari Jitra Kedah memang rasa macam ni?

Yang penting kena cuba dulu! Lain orang lain selera.

Harga kami makan 2 mangkuk cendol dan 1 mangkuk laksa jumlah RM8! Ok la…Harga biasa bagi cendol dan laksa.

Cedol Seksyen 7, Shah Alam Sedap!
Cendol extra Manis!
Laksa di Cedol Seksyen 7, Shah Alam
Laksa Jitra Mari!

Lain kali boleh datang singgah makan cendol disini lagi. Nak makan cendol? Boleh terjah alamat dibawah:

[infobox]

Cendol Seksyen 7, Shah Alam

Kordinat : 3.075688, 101.496437

[/infobox]

Leave a Comment