Kalau sebut Restoran Rebung, pasti ramai yang tahu pemiliknya adalah Dato’ Chef Ismail dan Datuk Dr. Sheikh Muzaffar Shukor.
Bagi anda yang merindui atau teringin merasai masakan kampung pada bulan puasa ini, Restoran Rebung terus menerus menyajikan makanan lazat bertemakan Masakan Nenda. Pelbagai juadah dan aneka masakan melayu disajikan di bulan Ramadhan kali ini khas dari Dato’ Chef Ismail.
Pada tahun ini, buat pertama kali Restoran Rebung bekerjasama dengan Menara Kuala Lumpur dimana Restoran Rebung turut menyediakan makanan selama 20 hari untuk pelanggan Menara Kuala Lumpur. Jadi rasa nak merasa makanan ala kampong di tempat yang menarik tersergam indah atas langit, boleh la ke Menara Kuala Lumpur.
Buffet Ramadhan Restoran Rebung
Antara menu utama untuk buffet ramadhan 2015 Restoran Rebung yang menjadi pilihan kali ini adalah nasi tomato, nasi minyak, nasi berani dan nasi kerabu bersama dengan daing salai, daging gulai kawah, ayam percik, ikan patin tempoyak, rebung perut, asam pedas, dan banyak lagi yang pasti mengiurkan anda.
Bukan senang nak cari ikan patin tempoyak di tengah bandar Kuala Lumpur lagi-lagi di bulan ramadhan.






Selain dari itu, tak lengkap kalau berbuka puasa tanpa hidangan sampingan seperti murtabak, bubur lambuk, rojak buah, cucur bawang, roti jala dan lain lain.




Yang istimewa di Buffet Ramadhan Restoran Rebung, anda akan disajikan dengan pulut durian, pengat pisang, aneka bubur, badak berendam dan pelbagai kuih muih tradisioanl seperti kuih pelita sebagai pencuci mulut!

Seperti tahun lepas, majlis berbuka puasa anda bakal dimeriahkan lagi dengan alunan muzik dari pemuzik jemputan. Harga buffet ramadhan di sini nak kata murah pun tidak sebab ini bukan calang-calang restoran.
Harga Buffet Ramadhan Restoran Rebung, Bangsar
Dewasa – RM75.00++
Kanak-kanak (5-11 tahun) – RM48.00
Oh ya! Dato Chef Ismail turut menyediakan tempahan kuih raya dan juga makanan wajib raya seprti Rendang Tok, dodol dan wajik durian. Kuih raya turut disedaikan oleh Chef Florance Tan.
p/s : Dengarnya Buffet Ramadhan di Menara Kuala Lumpur tahun ini juga mendapat sentuhan dari Chef Ismail. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Menara KL
Bagi anda yang ingin berbuka puasa di Restoran Rebung, boleh buat tempahan awal. Alamat mereka seperti dibawah:
Restoran Rebung
4-2 & 6 Lorong Maarof, Bangsar Park C Kuala Lumpur
No Tel : 03-22832119
Email : [email protected]
3 thoughts on “Buffet Ramadhan 2015 Restoran Rebung”