Dekat mana nak cari makanan western yang sedap di Kuala Terengganu ni? Mesti susah nak dapatkan info tu kan?
Bagi orang Terengganu pasti popular dengan nama Zie’s Corner yang sebelum ini terletak di belakang Hotel Grand Continental, dan sekarang sudah berpindah ke Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Lagi mudah untuk di cari kerana Waterfront mempunyai landmark tersendiri.

Kebiasaannya, pelanggan akan serbu Zie’s Corner pada hujung minggu, dan jangan terkejut sekiranya full house. Zie’s Corner sememangnya popular untuk makan sesama keluarga dan juga rakan-rakan. Kalau parking jangan risau, insyaAllah ada tempat untuk parking.
Zie’s Corner terkenal dengan makanan western yang sedap dan harga yang berpatutan.
Paling penting kecekapan pekerja dan cara masakan mereka menjadikan Zie’s Corner antara Restoran Western yang mempunyai servis yang cepat.
Dalam masa beberapa minit, makanan yang di order akan sampai. Terkejut juga kami, selang beberapa minit, sedar-sedar makanan dah sampai.
Antara makanan yang menjadi santapan kami adalah Grilled Chicken, Lamb Chop, Steak dan Spaghetti.



Overall, saiz hidangan tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit. Cukup dan kenyang untuk makan seorang. Sos black pepper dia memang sedap!
Di Zie’s Corner, sos cili boleh dapat unlimited kalau anda suka makan western dengan sos cili.

Spaghetti ni order untuk bonda memandangkan pergi sekeluarga, kata Bonda, sos bolognise ni ada bau kambing sedikit. Mungkin sos dicampur dengan daging kambing. So untuk yang ada darah tinggi tak boleh makan. But untuk kepastian, boleh tanya pekerja disana dulu sebelum order.

Bandung Shake – RM2.50
Merasa air shake untuk kesian kali di Zie’s Corner. Tiga air pilihan kami, Kiwi Shake, Oren Shake dan Bandung Shake. Bagi kami agak manis. Mungkin ini lah Terengganu? haha.. Orang kata Terengganu suka manis, so saya tak tahu nak akui ataupun tidak. (Shake bermaksud air ditambah dengan aiskrim vanilla)

Inilah antara pelanggan yang makan di Zie’s Corner Kuala Terengganu dan kebanyakkanya adalah return customer. Bagi pelancong yang menginap di Hotel Seri Malaysia, Hotel Residence dan yang berdekatan, jika teringin nak makan makanan western boleh singgah dan ke Zie’s Corner.
[box_info]
Zie’s Corner
Waterfront,
Pulau Kambing, Kuala Terengganu
[/box_info]
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”16″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”5.3255791806303785,103.13236892223358{}restaurant.png{}Zies Corner, Kuala Terengganu” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]