Wood & Steel, Kota Damansara

Wood & Steel, Kota Damansara

Pertama kali menjejak kaki ke Wood&Steel, Kota Damansara, mata tertarik dengan rekaan kerusi&meja serta hiasan-hiasan lain. Susun atur dalaman di cafe ini sangat unik.

Wood&Steel diasaskan oleh dua adik-beradik, Ierfan & Adam yang mempunyai bakat mereka-bentuk perabut daripada wood&steel. Mereka berpakat untuk menjalankan bisnes perniagaan lokal kafe berkonsepkan ‘Coffee-Furniture-Art‘ selaras dengan bakat dan passion dalam hidup mereka.

Wood&Steel juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang.

Wood&Steel, Kota Damansara

Wood&Steel Kota Damansara mempunyai ruang makan di dalam dan luar yang selesa untuk pelanggan menjamu selera. Daripada pemerhatian kami, setiap kerusi & meja di sini mempunyai tanda harga bagi membolehkan pelanggan membuat pembelian terus untuk kerusi atau meja yang mereka minat!

Apa menu sedap di Wood&Steel Kota Damansara?

Wood&Steel menyediakan menu makan pagi, tengah hari dan malam dengan harga yang berbaloi. Daripada variasi kopi, pasta dan menu-menu Western Food lain. Menu yang disediakan juga sentiasa dikemaskini dengan menu-menu baru yang lebih segar dari semasa ke semasa.

Jom tengok menu yang kami pesan untuk makan tengah hari di sini.

Wood&Steel, Kota Damansara
Club Sandwich

Club Sandwich. Sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet. Untuk menu makan pagi atau makan tengah hari. Roti gandum penuh yang digunakan pasti akan lebih mengeyangkan. Sedikit unik apabila sos seakan-akan sos thai disediakan dalam set ini.

Wood&Steel, Kota Damansara
Linguine Chicken Carbonara – RM18.00

Linguine Chicken Carbonara. Ini terbaik! Lemak lemak manis dengan hirisan daging ayam yang sangat banyak! Pada sesiapa yang dah selalu makan pasta spaghetti, fettucine, penne atau macaroni, bolehlah cuba pasta ‘linguine’ ini pula.

Wood&Steel, Kota Damansara
Menu-menu di Wood&Steel Kota Damansara hanya akan dimasak apabila ada pesanan. Jadi, setiap pesanan pelanggan, masih segar dan panas berasap lagi. Semestinya ‘Carbonara’ lebih sedap dimakan panas-panas kan.

Wood&Steel, Kota Damansara
Stuffed Chicken – RM25.00

Sedikit mengecewakan apabila hajat untuk mencuba menu Shrimp Burger tidak kesampaian setelah pesanan kami disalah dengar oleh yang mengambil order dengan menu Stuffed Chicken ini. Stuffed Chicken didatangkan bersama dengan roti bakar rangup dengan sos istimewa dan sayuran segar. Ayam pula dibakar dengan keju yang mencair di atasnya. Nasib baik sedap! Cuma saiz portionnya agak sedikit bagi kami yang berselera besar.

Wood&Steel, Kota Damansara

Satu lagi tarikan di Wood&Steel ialah barang-barang lama yang dipamerkan di sini. Oh ya, ini bukan untuk jualan. Rasanya koleksi keluarga kepada empunya Wood&Steel ini. Bagus idea ini. Setidak-tidaknya, anak-anak muda masih kenal rupa bentuk mesin pengisar ABC lama, mesin jahit Singer lejen, seterika arang batu, atau pun mesin taip manual.

Wood&Steel, Kota Damansara
Hot Cappucino – RM10.00

Wood&Steel sangat sesuai dijadikan tempat bersantai bersama kawan-kawan atau keluarga.

Kopi di sini memang terbaik. Biji kopi dikisar segar dan dihias menarik. Memang kawww Cappucino panas di sini. Memang ramai yang jadikan Wood&Steel ini sebagai tempat berdiskusi sama ada rasmi atau santai. Bukan omong kosong sahaja ye, Perdana Menteri Malaysia pun pernah lepak minum di sini tau…

PM Najib di Wood&Steel
Kredit Gambar: Twitter @Najib Razak

Alamat Wood&Steel Kota Damansara;

33G Jln PJU 5/20E, The Strand Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-6151-8081

Instagram Wood&Steel

1 thought on “Wood & Steel, Kota Damansara”

Leave a Comment