UM Food Court, Universiti Malaya

Kepelbagaian. Itu yang dapat digambarkan apabila menjejakkan kaki ke medan selera di universti tertua negara, Universiti Malaya. Medan selera ini baru sahaja siap dibina dan mula beroperasi sejak September 2012. Ia mula dibuka mulai 8 pagi sehingga 1 pagi.

Terdapat lebih dari gerai makanan yang ada di sini. Antara makanan yang ada di sini ialah masakan goreng, char kuey teow Taiping, nasi ayam Hainan, pelbagai jenis roti canai, Otai Burger, yong tau fu, nasi lemak berlauk, sizzling, takoyaki, aiskrim dan bermacam lagi. Apa yang istimewa? Makanan yang sedap tapi pada harga yang murah. HARGA STUDENT. Namun, tidak banyak pilihan air yang ditawarkan memandangkan hanya anda hanya ada 1 pilihan kedai untuk air. Sangat meyedihkan.

nasi-lemak-ayam UMnasi sizzling
takoyaki
Saya berpeluang untuk mencuba beberapa jenis makanan yang ada dijual di sini. Antaranya, nasi Seafood mamak (gerai 2), Maggi Kari (gerai 5) dan Nasi Sizzling. Bagi saya, nasi Seafood Mamak di sini sangat sedap! Susah nak jumpa nasi gorereng seafood yang murah tapi banyak seafood. Nasi Sizzling di sini juga tak kurang hebatnya. Sosnya pekat dan banyak isi ayam dan cendawan.

Mempunyai banyak tempat duduk, anda boleh meilih samada ingin ruang yang bersofa dan berbumbung ataupun “open air” dengan meja dan bangku. Parking juga bukanlah masalah besar kerana anda dibenarkan untuk parking di bahu jalan.

9 thoughts on “UM Food Court, Universiti Malaya”

  1. Hi,I’m looking a foodcourt for rent in UM or PJ area.
    I’m and wife now want to start the business F & B because my love cooking and service food for people. If anything u can straight email me or what’s app me at 0173127759.

    Thank you.

    Reply
  2. Mencari tapak perniagaan (food court) di UM, untuk menjual Nasi Kukus dengan harga yang sangat berpatutan (sesuai dengan harga student)

    Reply

Leave a Comment