Tumes Cafe Cheras (TELAH DITUTUP)

Mengikut sejarah, masakan Johor banyak dipengaruhi oleh budaya Arab dan Maritim Asia Tenggara (Filipina, Brunei, Singapura, Timor Leste, Indonesia dan Malaysia).

Jom hari ni kita terjah satu cafe yang berkonsepkan masakan ala Johor yang terletak di Alam Damai, Cheras….“Tumes Cafe, Mana Lagi”

Bagi orang Cheras mungkin senang nak cari cafe ni, bersebelahan sahaja dengan Old Town White Coffee Papa Rich.

Comel-comel je cafe ni kan? Terus terang first impression memang nampak ada kelasss gitu.tumes cafeTumes Cafe Cheras

Suasana di cafe ini memang bersih dan selesa. Staf yang melayan kami pun murah dengan senyuman…..
Cafe moden ini menghidangkan aneka masakan Melayu Johor dan makanan yang sering menjadi pilihan ramai. Antara signatyure dish di Tumes Cafe adalah seperti Nasi Briyani Ayam & Kambing (Ar-Rayyan Biryani), Asam Pedas Kesum, Ayam Penyet Nenda, Nasi Tomato dan Mee Bandung Muar.
Paling menarik tentang menu-menu ini adalah, hampir kesemuanya mempunyai nama unik tersendiri seperti Nasi Goreng Kg Melayu Majidee, Nasi Goreng Lido, Nasi Tomato Pergh!, Nenek’s Laksa Johor Asli dan macam-macam lagi….
Kalau nak datang ke sini dengan keluarga memang sesuai, berdua (suami isteri, pakwe makwe) pun sesuai….
Menu ringan untuk kanak-kanak seperti Chicken Nugget & Chips, Meatballs & Chips, Spaghetti Bolognese ada disediakan di cafe ini.
Menu Tumes Cafe Cheras
Menu Tumes Cafe Cheras

Menu-menu istimewa atau special adalah tetap mengikut pada hari-hari tertentu sahaja: [starlist]

  • Isnin : Nasi Goreng Jubli Intan
  • Selasa : Mee Kari Bulat
  • Rabu : Nasi Goreng Hutan Bandar
  • Khamis : Mee Goreng Mamak JJ
  • Jumaat : Nasi Ambeng Papa
  • Sabtu : Mee Hong Kong

[/starlist]

Bagi yang nak bersarapan di sini pun ok sebab banyak pilihan makanan; Nasi Lemak Special (lauk paru goreng, ayam rendang, sambal sotong), Lontong Special, Roti Jala…Kacang Phool pun ada! Bagi yang tak pernah makan kacang phool dengan roti, sinilah tempat yang harus anda tuju.

Kalau nak breakfast ala-ala western pun ada…….

Breakfast Menu Tumes Cafe

Kebetulan kami datang pada hari Sabtu, so boleh la order Mee Hong Kong! Amacam, terliur tak tengok gambar ni? Tak sampai 10 minit Mee Hong Kong ni terus selesai masuk dalam perut. Memang sedap, nak tahu rasanya kena datang sini cuba sendiri.Mee Hong Kong Tumes CafeKami turut memesan Nasi Briyani Ar-Rayyan. Pelanggan yang memang kaki nasi briyani boleh memesan sama ada nak lauk kambing atau ayam. Pergh…perut tengah lapar, tengok nasi yang sampai meriah pulak tu…!

Rasa nasi briyani ini sememangnya tidak mengecewakan, siap minta tambah kuah dal lagi……yang istimewa semestinya ayam rempahnya yang cukup rasa dan terbaeek!

Nasi Briyani Ayam

Air yang kami order pun bukan calang-calang tau, namanya Soda Senang Hati dan Tumes Sarsa (ala-ala float A&W)

Yang paling best, pencuci mulut ala western pun ada…All Time Fav Choc Moist Cake, Wallnut Carrot Cake, Bread & Butter Pudding, Brownies…semuanya home made dan bahan yang digunakan insyallah suci dan halal.

Akibat termakan pujuk rayu staf di situ (sebenarnya memang teringin nak order! hehe) kami memesan satu brownies dan memang tak menyesal order sebab memang umphhhh….5 bintang rasanya!

Bagi kami harga yang diletakkan adalah berpatutan dan berbaloi-baloi dengan rasanya.

Harga makanan : Mee Hong Kong RM7.50, Briyani Ayam RM10.50
Harga minuman : Soda Senang Hati RM3.50, Tumes Sarsa RM2.30

Insyaallah kami akan kembali ke sini untuk mencuba menu yang lain pula.

[box_info]

Tumes Cafe dimiliki sepenuhnya oleh En Muhammad Yazed & Pn Sarah

Alamat : 29 Jalan Damai Niaga, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
No Telefon : 03-9107 8910
Opening hours : Isnin – Sabtu 8:00 am – 5:00 pm
Facebook : Facebook Tumes Cafe [/box_info]

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.074417, 101.735952{}restaurant.png{}Tumes Cafe, Cheras” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment