Berita baik bagi penggemar Kenny Rogers. Menu terbaru dari Kenny Rogers Roaster sempena tahun baru 2015 telah dilancarkan dan diberi nama Terrific Teriyaki Chicken. Promosi ini bermula pada 24 November 2014 di semua cawangan Kenny Rogers Roaster.

Krew Myselera telah dijemput untuk merasa 5 menu Terrific Teriyaki Chicken iaitu :
- T – Wrapped Chicken
- T – Chic Rice
- T – Chic Steak
- Lite T – Chic Steak
- T – Chic Salad





Menu diubah mengikut citarasa penggemar Kenny Rogers Roaster tetapi masih menggunakan kuah yang sama iaitu sos lada hitam. Yang membezakannya adalah cara hidangan yang dibungkus, digoreng, dan dipanggang.
Terific Teriyaki Chicken Mengikut Selera
Kalau tengok pada T – Wrapped Chicken, dan T Chic Bone ia seolah-olah hidangan lengkap yang mengandungi nasi, ayam dan juga hidangan sampingan.
Kami lebih suka T – Wrapped Chicken kerana gorengan bungkusan ayam menyebabkan sos lebih serap berbanding dengan hidangan lain yang sos hanya dicurah atas ayam.
Bagi mereka yang sedang berdiet, boleh cuba Terific Teriyaki Chicken Salad, T- Lite Chic Steak dan Terific Teriyaki Chicken Rice. Walaupun lebih simple, ia cukup mengenyangkan.
Jangan lupa cuba new menu dari Kenny Rogers Roaster ya. Untuk sebarang maklumat boleh ke website http://www.krr.com.my.