Takoyaki Pasar Tani Shah Alam

Makanan dari Jepun ini menjadi kesukaan orang ramai. Begitu juga dengan saya.. Sebelum ada kesedaran tentang kepentingan halal, kiosk-kiosk yang menjual takoyaki sering menjadi tumpuan untuk mendapatkan kudapan. Pada pandangan saya, asal orang melayu jual, hidangan tersebut sudah dikira ‘halal’. Namun, setelah mengambil masa untuk mengkaji dengan lebih mendalam, halal itu bukan terletak pada si penjual yang melayu sahaja, bahkan sebaliknya perlu diberi perhatian yang lebih. Salah satunya, adalah PEMILIK restoran itu mestilah muslim jika tiada logo halal berautoriti pada kiosk atau premis.

Kebanyakkan kiosk yang menjual takoyaki mengupah tenaga kerja orang melayu, namun pemilik kiosk tersebut bukan Islam. Ini boleh mendatangkan ragu-ragu kepada seorang muslim yang memegang tegar konsep halal toyyibah. Untuk mengelakkan ragu-ragu akan status halal tersebut kerana tidak terpampang logo halal yang diiktiraf, maka dinasihatkan agar bertanya sedikit maklumat kiosk tersebut. Anda perlu bertanya bagi memastikan makanan itu tidak terdapat unsur haram atau syubhah kerana makanan tersebut akan menjadi darah daging. Jika pemilik restoran bukan Islam, sebaiknya tinggalkanlah kiosk tersebut dan memilih restoran alternatif yang lain.

Baru-baru ini, saya telah ke Pasar Tani Shah Alam. Terdapat sebuah kiosk yang menjual takoyaki-penjualnya muslim sekaligus mereka adalah pemilik kiosk tersebut. Setelah bertanya sedikit maklumat untuk menghilangkan rasa ragu tentang status halal kiosk terbabit seperti sos takoyaki diperbuat daripada apa, isi dalaman takoyaki ada tanda halal dan sebagainya, maka saya telah membeli takoyaki tersebut. Rasanya sama sahaja macam yang terdapat di kebanyakkan kiosk takoyaki yang terkenal.

[quote]Kepada pengguna muslim, carilah alternatif lain untuk mencari makanan yang halal toyyibah kerana makanan yang menjadi darah daging akan membentuk akhlak peribadi muslim.[/quote]
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.0810802345431934,101.54916286468506{}fastfood.png{}Takoyaki Pasar Tani Shah Alam” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

 

Leave a Comment