Suka Sucre Bistro, kalau sebut sahaja pasti ramai yang tahu pemiliknya adalah seorang yang artis yang telah memenangi Masterchef Selebriti Malaysia iaitu Datuk Fazley Yaakob.
Dengan berbekalkan gelaran Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley terus menggunakan peluang yang ada dengan mengikuti kelas masakan ternama iaitu Le Cordon Bleu, Paris dalam bidang Kulinari dan peringkat sarjana di Sugar Art di PME, United Kingdom.
Suka Sucre yang bermaksud Suka Gula dimana Sucre bermaksud Gula dalam bahasa French.

Pertama kali masuk Suka Sukre Bistro, sangat tertarik dengan hiasan dalaman yang boleh dikatakan cukup eksklusif.
Suka Sucre Bistro Kekalkan Sajian Ala Negeri Sembilan
Bila tengok Menu yang ada di Suka Sucre, kebanyakkannya adalah makanan French dan Asian. Dato’ Fazley yang berasal dari Negeri Sembilan mengekalkan citarasa makanan Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api. Sungguh la rugi tak singgah merasa masakan Datuk Fazley Yaakob.
Memandangkan masa kami sampai masih pagi jadi tiada orang, servis boleh dikatakan agak cepat dan mesra. Selepas selesai makan pun staff disini ramah bertanya makanan sedap ataupun tidak.
Hidangan yang saya pilih adalah Pasta Daging Salai Masak Lemak dan Nyonya Paris sebagai dessert! Dessert Nyonya Paris di cadangkan sendiri oleh Datuk Fazley. Kebetulan pula dia berada di restoran.
Sempat jumpa dan sembang.


Jika datang ke Suka Sucre JANGAN LUPA untuk mencuba dessert mereka yang popular iaitu Nyonya Paris – agak unik kerana menggabungkan elemen pencuci mulut timur + barat. Ada gula melaka dan butterscoth. Kek vanilla dan coklat. memang manissss!

Keseluruhan saya boleh kata makanan disini memang sedap! Wajib la pergi dan cuba. Parking pun tak susah. Free parking ok! Tak perlu bayar.
Bagi anda yang makan di Suka Sucre Bistro boleh ke alamat di bawah:
[infobox]Suka Sucre Bistro Fazley Yaakob
Wisma RYU, 81, Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras
Waktu operasi: Selasa – Ahad 12pm – 7pm
Instagram : SukaSucre
[/infobox]
1 thought on “Suka Sucre Bistro Fazley Yaakob Kekalkan Citarasa Negeri Sembilan”