Steak house terbaik di Melaka! – Melantak Steak Hub, Kota Syahbandar, Melaka.
Restoran yang menyediakan hidangan stik halal dan sedap dengan harga berpatutan agak sukar ditemui di luar Lembah Klang. Melantak Steak Hub, terletak tidak jauh dari Pantai Klebang yang terkenal dengan Coconut Shake, mampu memenuhi selera penggemar daging stik berkualiti tinggi (premium).
Alang-alang sedang bercuti di Melaka, kami sanggup menunggu meja kosong selama setengah jam untuk menikmati stik yang viral dikatakan di sini!
Mengikut kata pelayan di Melantak Steak Hub ni, bahan mentah di sini diimport daripada Jepun dan Australia, sama pembekal dengan steakhouse yang terkenal di Lembah Klang. Yang penting, ianya HALAL!
Kami dibawa oleh pelayan untuk memilih sendiri daging mentah untuk dimasak. Selain daging lembu, ada daging kambing, ayam, salmon. Terdapat pilihan daging wagyu, grain fed, angus dan lain-lain. Jangan risau dengan bajet kerana di setiap daging mentah ini, sudah pun disediakan harga yang berpatutan. Tak usah pening kepala nak pilih jenis daging atau style masakan, tanya sahaja dengan pelayan di sini yang mesra dan sabar melayan.
Sementara menunggu hidangan yang dipesan sampai, kami memesan kentang goreng sebagai sajian pembuka selera. Oh ye, kat sini ada juga menu pembuka selera seperti spaghetti, meatball, mushroom soup. Untuk minuman, memang best sebab dengan hanya RM2 anda boleh pilih air minuman sejuk secara free-refill dan RM3 untuk air panas juga free-refill.
Dalam masa tak sampai setengah jam, T-Bone yang dimasak stail Medium Rare sudah siap terhidang. Harga untuk T-Bone jenis Grain Fed ini hanyalah RM 13.90 untuk 100gram. Dihidang bersama blackpepper sauce, whipped potato dan coleslaw.
Serius. Daging lembut & sedap!
Rib Eye menjadi pilihan kedua dengan stail masakan Medium Rare juga. Daging Grain Fed yang lembut dan dimasak separuh sempurna memang satu nikmat (lebih berjus!). Harga RM16.00/100 gram memang berbaloi jika dibanding dengan kualiti daging premium yang disediakan di Melantak Steak Hub ini.
Walaupun di malam hari bekerja, pengunjung di sini tetap ramai. Aku suka servis yang pantas dan mesra pelanggan di sini. Lokasi Melantak Steak Hub betul-betul di tepi Selat Melaka memang nyaman dan berangin.
Dan aku sangat suka dengan tagline Melantak Steak Hub yang dicetak di belakang baju setiap pelayan di sini-“Lantak kaulah, janji selawat“.
Kepada orang Melaka atau korang yang ke Melaka dan teringin menikmati stik enak, di Melantak lah tempatnya!
Alamat Melantak Steak Hub
No12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka.
Waktu Operasi:
Selasa-Ahad: 11:00 pagi hingga 11:00 malam.
review port best makan mmg syiok di baca