Shah Alam memang banyak tempat makan best. Sebut sahaja nak makan apa,semua ada.
Kali ini kami dijemput untuk merasa dan membuat review Satay AK24 yang terletak di Restoran Bisik Bisik, Seksyen 7, Shah Alam. Agak hebat memandangkan selepas beberapa bulan beroperasi Satay AK24 telah pun berjaya membuka 3 cawangan yang terletak di tiga lokasi iaitu Seksyen 24 Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam dan di Puchong Selangor.
Menurut pemilik Satay Ak24, Puan Zzett, satayyang di jual diperap menggunakan ramuan istimewa resepi rahsia ibunya termasuklah dengan kuah kacangnya. Di Satay AK24 bukan sahaja ada sate ayam dan daging malah satay kambing turut dijual di sini.



Terbaru, Satay AK24 memperkenalkan satay ayam yang lebih besar saiznya iaitu BIG Satay!!. Saiznya memang lebih besar dari biasa. Kalau tak puas jugak tak tahulah. Setiap cucuk BIG Satay hanya berharga RM1.30.
Amacam? Besar tak??
Bagi peminat satay yang ingin mecuba BIG SATAY AK24 boleh singgah cawangan berdekatan iaitu Shah Alam ataupun di Puchong.

[box_info]
Satay AK24
– Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7, Shah Alam. (Belakang UNISEL)
– Restoran Murjana Maju, Seksyen 24, Shah Alam
– Restoran SK Corner, Meranti Jaya, Puchong
No tel : 016-677 7653
Facebook : https://www.facebook.com/SatayAK24
Operation Hour: 10:00 am – 12:00 am
[/box_info]
sedap tapi muak sebab besar sangat. maaf .