Seksyen 13 Shah Alam sememangnya ‘syurga’ makanan kerana terlalu banyak pilihan restoran yang sedap-sedap belaka. Di sini juga banyak western food restaurant yang insya Allah halal (peniaga Muslim). Penggemar masakan barat terutamanya lamb chop / lamb grill steak yang tegar boleh menikmati masakan itu sepuas-puasnya jika berkunjung ke Dwap Barbarian Vape & Grill di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam.
Pemiliknya, En. Mohd Yaser berkata, ramai menggemari menu berasaskan kambing di sini kerana tekstur dagingnya yang empuk selain diolah begitu istimewa.
[quote]”Sebenarnya, Dwap Barbarian mengetengahkan konsep ‘barbarian’ atau ‘viking’ yang bermaksud makanan di sini boleh dinikmati dalam saiz yang besar!” [/quote]
Dwap Barbarian Vape & Grill menyajikan beberapa jenis pilihan makanan iaitu Barbarian Sandwich yang menggunakan roti tortila yang datang dalam 3 saiz iaitu single, double dan triple. Jika rasa saiz hidangan ini tidak memadai, anda mempunyai pilihan lain iaitu Viking Sandwich (lebih besar patty, EKSTRA gravy, salad, dressing, sos dan cheese!)
En Mohd Yaser sebelum ini bermula di Bazaar Ramadhan Seksyen 14 menjual Barbarian Sandwich bersama rakan tampil dengan pelbagai penambahbaikan dalam menu serta masakan di restoran yang baru 10 bulan beroperasi di Laman Seri Business Park ini.

Menurut beliau, idea asal Barbarian Sandwich adalah dari rancangan kegemaran beliau iaitu Man vs Food. Beberapa percubaan telah dilakukan daripada hanya menjual patty sahaja sehingga menjadi set lengkap Barbarian Sandwich.
Dibuka jam 12 tengahari dan ditutup pada 12 malam, kebanyakan pelanggan adalah pekerja pejabat yang datang dari kawasan persekitaran. Namun, katanya, keluarga pula ramai berkunjung bersama anak pada hari Sabtu. Suasana dan keadaan dalam restoran ini yang santai sesuai dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan.

Sebagai pembuka selera ataupun starter kami dihidangkan dengan Nachos bersama cheese dan sos tomato.






Harga Makanan di Dwap Barbarian Vape & Grill.
- Nachos – RM6
- Chicken Viking – RM28
- Grill Lamb – RM35
- Lamb Sandwich – RM13.90
- Dessert (Nacho Libre) – RM9
- Root Bir Float – RM3.50
Apa yang istimewa dan sedapnya makanan di Dwap Barbarian Vape & Grill?
Jika kebanyakan restoran western akan menghidangkan grill lamb yang liat tetapi tidak di sini. Kami agak terkejut kerana daging kambingnya sangat lembut dan empuk. Memang sesuai untuk bawa mak ayah ke restoran ini. Chef yang menyediakan hidangan ini pastinya bukan calang-calang orang. Menurut En Mohd Yaser daging kambing yang dipilih mestilah yang bermutu tinggi dan teknik memasak yang betul diperlukan bagi menghasilkan grill lamb yang terbaik.
Dengan harga RM35, hidangan ini memang berbaloi dan tiada sesalan untuk dicuba.
Apa yang lebih membuatkan grill lamb ini bertambah istimewa adalah mashed potato serta gravy yang dihidang bersama memang sedap dan enak sekali! Sila jangan segan silu untuk meratah daging kambing tersebut menggunakan tangan anda…….
Viking Chicken Sandwichnya juga tidak mengecewakan. Daging yang empuk serta keenakannya memang tidak dapat dinafikan. Lelehan black pepper serta jalapeno cheese melengkapkan hidangan ini. Sila datang ke sini jika anda betul-betul lapar, pasti anda tidak akan kecewa!

JANGAN LUPA untuk memesan dessert jika berkunjung ke Dwap Barbarian. Anda PASTI akan kecewa jika anda TERLUPA untuk memesan pencuci mulut ini. Pernahkah anda makan dessert yang ada rasa manis, rangup, masin dalam satu rasa? Jika belum pastikan anda TIDAK LUPA untuk memesan Nacho Libre.
Kami mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Yaser kerana telah menyediakan hidangan yang lazat kepada kami.
Pastinya kami akan kembali ke sini untuk menu yang seterusnya……….Beef Ribs!
[infobox]
Dwap @Barbarian Vipe & Grill
Blok 6, Lot G45, Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan, Seksyen 13
40100 Shah Alam Selangor
Waktu operasi :
Isnin – Sabtu, 12pm – midnight
No Tel : +603-5887 2644 / 017-6236296
Kemudahan WiFi : Ada
Cara Bayaran : Tunai
Facebook : https://www.facebook.com/dwapbarbarian
Instagram : @dwapbarbariansocial
Kordinate : 3.092080, 101.544575
[/infobox]
baru pergi semalam. best. n sy pon peminat man vs food. HAHAHAHA. nnt kne wujudkn portion size man vs food.
Nanti nak pergi lagi.. Hee~
Assamualaikum,
Saya nak minta reserve seat untuk 10 org masa lunch pada 12 may 2016.
terima kasih.
Nak buat reservation for 2 person. Call x dpt