Kalau sebut je Kacang Pool Haji, pasti ramai yang kenal kerana Kacang Pool Haji sememangnya kacang pool yang popular di Johor. Tak lengkap kalau pergi Johor Bharu tak merasa Kacang Pool Haji ini.
Pemilik Kacang Pool Haji, Makpol Saimon telah mengusahakan restoran ini sejak 20 tahun yang lepas. Kacang Pool Haji juga pernah membuka cawangan di Damansara, tetapi tidak lama sebelum ditutup dan dikatakan pulang ke Johor.
Mencari kedai makan ini tidak la sesusah mana kerana terletak di Medan Selera Larkin Bomba.
Kalau di waktu pagi, memang ramai orang tidak seperti di waktu petang. Mungkin rakyat Johor suka bersarapan Kacang Pool di waktu pagi. kan?
Dekat medan selera ni ada gerai lain juga seperti rojak, sate, ABC dan lain lain.
Kacang Pool bukan Kuah Kacang
Pertama kali saya makan kacang pool. Tidak pernah makan dan tidak pernah tahu bagaimana texture rasa kacang pool. Yang pasti pada mulanya saya ingatkan ia seperti kuah kacang kerana namanya Kacang Pool, rupa-rupanya bukan!
Kuah kacang pool sebenarnya dimasak dengan daging cincang untuk memekatkan lagi kuah. Ditambah dengan hirisan bawang, lada bangala, dan limau, sebelum dihidang bersama telur goreng mata kerbau dan roti istimewa yang tebal!
Harga Kacang Pool Haji RM5.00 satu set. Murah ke mahal? Tak dapat nak dikenal pasti sebab pertama kali makan.


Kacang Pool Haji Memang Sedap!
Tidak dapat dinafikan sekali makan terus suka dengan Kacang Pool Haji. Kepekatan kuah dan rasa memang unik. Roti walaupun hanya 1 keping diberikan tetapi ia agak tebal. Nampak macam tak kenyang kalau makan roti sekeping. Tapi bila di cicah dengan kuah kacang pool, 1 keping boleh kenyang. Memang lembut roti walaupun tebal!
Secara kesuluruhan Kacang Pool Haji Memang sedap! Yang tak pernah makan memang wajib cuba bila pergi ke JB! Kacang Pool Haji antara kedai makan sedap di Johor Bharu.
Kalau ada perancangan nak singgah makan kacang pool, boleh ke alamat dibawah:
[infobox]
Kacang Pool Haji
No. 3, Medan Selera Larkin Bomba, (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80000 Johor Bahru.
Waktu operasi: 7 pagi – 12 malam
Koordinat : 1.485678, 103.750384
[/infobox]
Assalam…saya kharina dr johor bharu.saya br berniaga nasi ayam kampung di nusa idaman.saya nak jemput cik norfanil utk mencube nasi ayam kampung mak temot.nasi nye sgt2 lembut dan boleh dimakan begitu sahaja.harap cik norfanil sudi utk dtg mencube nasi ayam kampung mak temot saya.terima kasih
Alhamdulillah saya dah mkn kacang pool haji kat Larkin Sentral. Memang ada kelainan. Sedap👍👍👍. Dtg dri Brunei akhirnya kesampaian merasa.
Nak cari parking memang bercinta!