Restoran HOMST TTDI. Masakan Chinese Muslim Sedap dan Patut Cuba!

Ada yang sedang mencari restoran yang menyajikan masakan Chinese dan dijamin Halal? Jom kami bagi satu cadangan tempat makan menarik untuk mereka yang gemarkan masakan Chinese Muslim – Restoran HOMST.

Baru-baru ini, kami berpeluang menjamu selera di Restoran HOMST cawangan Taman Tun Dr.Ismail yang menawarkan kepelbagaian makanan Chinese Muslim yang halal dan berkualiti tinggi. Cawangan ini adalah yang pertama dibuka pada tahun 2002 oleh pengasasnya, En. Yusoff Lau bin Abdullah.
homst

Variasi menu masakan Chinese Muslim dari pembuka selera hinggalah pencuci mulut merupakan satu keunikan di HOMST. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan kuantiti dan kualiti makanan yang dihidangkan.

Selain daripada HOMST cawangan TTDI, terdapat cawangan Restoran HOMST lain yang boleh dikunjungi di sekitar Lembah Klang;

  • HOMST Kota Damansara
  • HOMST Shah Alam
  • HOMST Kajang
  • Homst Recipe@ Bangi Gateway Shopping Mall.
  • Homst Recepi@ Dpulze Shopping Centre
  • HOMST Putrajay
  • HOMST Setia Alam (terbaru)

Untuk kunjungan kali ini, kami tiba di restoran lebih kurang jam 2.30 petang. Suasana sedikit lengang selepas ‘peak hour’ waktu makan tengah hari. Ruang makan yang luas, di dalam dan luar restoran yang mampu menempatkan kira-kira 80-100 pelanggan dalam satu-satu masa.

Restoran HOMST

Ruang makan HOMST Taman Tun Dr.Ismail.

Menu Sedap dan Menarik di Restoran HOMST.

homst

Berkunjung restoran Chinese Muslim, tak lengkap kalau tak pekena Nasi Goreng Cina. Dengan harga RM8 sepinggan, Nasi Goreng Cina di sini dipenuhi dengan isi ayam, sotong & udang yang banyak. Kuantiti juga cukup untuk dikongsi dua orang. Sambil menunggu hidangan utama siap, bolehlah isi perut dengan nasi goreng cina ini dahulu, atau anda boleh memesan set dim sum sebagai menu pembuka selera.

homst-2

Wet Buttered Chicken atau ayam masak mentega. RM16.00 sepinggan untuk set S, cukup untuk 2 atau 3 orang makan. Rasa mentega yang tidak terlalu pekat atau masin. Serius, kami akan pesan menu ini lagi untuk kunjungan seterusnya.

Restoran HOMST

Fish Ball Soup untuk hidangan berkuah. Harga RM10 semangkuk. Hirup begitu sahaja pun sedap.

Restoran HOMST

Satu lagi menu yang sangat kami cadangkan untuk anda mencuba di sini. Wet Buttered Sotong. Walaupun tidak se’basah’ Wet Buttered Chicken di atas tetapi rasanya sangat sedap. Sotong yang digunakan tidak liat dan segar. Ada sedikit rasa pedas dengan campuran daun kari dan hirisan cili padi. Awas, jangan sampai tergigit cili potong! Pedas.

Tiga menu di atas, makan bersama nasi putih panas-panas sudah memadai untuk sesi makan tengah hari kami. Kunjungan kali ini lebih lengkap dengan hidangan pencuci mulut (dessert) istimewa daripada HOMST.

Restoran HOMST

Menu pencuci mulut kami ialah Mango Sago Lolo berharga RM7.20 sahaja. Menu unik ini adalah gabungan mangga yang dikisar bersama air, isi mangga yang manis, sagu, susu pekat & susu cair. Lazat & nyaman! Jangan lupa untuk memesan menu pencuci mulut ini sebelum bertolak pulang ya!

HOMST – Kami pasti akan datang lagi!

Alamat HOMST Taman Tun Dr.Ismail:

No. 48, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Telefon : +60 3-7728 0760

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

Website: HOMST

Leave a Comment