Bagi penggemar seafood, pasti anda tercari-cari dimana tempat makan seafood yang terbaik?Hari ini, crew my selera telah terjah ke satu tempat makan seafood yang terbaik dalam ladang yang terletak di Jeram.
Tempat ini di namakan sebagai ” Restoran Aroma Ikan Bakar “. Wah, bila denga sahaja pada nama, sudah gah gitu. Pasti anda ingin tahu ape menu yang terbaik di sini.
Kami tiba seawal pukul 3 petang. Memang kelihatan begitu ramai yang telah ada di situ. Ada yang datang melalui Booking, ade yang datang tanpa booking, pendek kata, memang ramai la orang di situ.
Restoran Aroma Ikan Bakar ini mengediakan pelbagai jenis seafood yang terdiri daripada Ketam, Udang, Sotong dan banyak lagi. Bukan sekadar itu, Ikan, ayam, dan lauk-lauk lain juga terdapat di situ. Memang banyak menu di sini.
Tetapi kali ini, crew My Selera telah mencuba ikan siakap masak 3 rasa, Sotong goreng tepung, udang goreng butter, sayur kailan ikan masin dan ikan siakap steam asam boi. Mesti anda tertanya-tanya sedap ke tidak bukan? jawapannya, memang sangat-sangat sedap.
[quote]Secara keseluruhannya, Restoran Aroma Ikan Bakar memang terbaek la.Cuabalah!!![/quote]