Ramadhan Buffet Eastin Hotel, Petaling Jaya

Sempena bulan Ramadhan tahun 2013 ini,  Eastin Hotel yang terletak di Petaling Jaya menyediakan juadah berbuka puasa atau Ramadhan Buffet  di Restoran Swez Brasserie yang bertemakan “Lagenda Sudirman” bersempena memperingati Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad. Hidangan bertemakan ala kampung ini juga sedikit sebanyak dapat mempromosikan seni warisan dan budaya Malaysia yang kaya dengan masakan eksotiknya. Untuk makluman, Ramadhan 2012 yang lalu pihak Eastin Hotel telah menyediakan Ramadhan Buffet bertemakan “Nostalgia P.Ramlee”.

Sebanyak 200 jenis makanan tempatan akan dihidangkan di buffet ini nanti termasuklah makanan dari Timur Tengah, Jepun, Barat dan yang paling istimewa makanan kegemaran Allahyarham Dato’ Sudirman sendiri.

Terdapat 13 hidangan utama yang disediakan di Ramadhan Buffet tahun 2013 ini beserta 7 jenis pencuci mulut. Semua hidangan ala kampung ini adalah suatu masa dahulu pernah menjadi hidangan kegemaran Allahyarham Dato’ Sudirman. Beberapa hidangan telah diolah sendiri oleh Chef Mohd Azmi Sarginen dan Chef Alex Leong. Paling unik hidangan Ramadhan Buffet di Eastin Hotel adalah, Ikan Siakap Goreng Acar Jambu. Jambu yang di gunakan adalah jambu air.

Enak bukan? Anda juga boleh menikmatinya di Restoran Swez Brasserie, Hotel Eastin bermula 10 Julai lalu sehingga 7 Ogos ini

Hidangan utama yang di sediakan semasa buffet adalah :

[starlist]

  • Kambing Bakar
  • Nasi Arab
  • Rendang Limpa, Hati dan Daging
  • Masak Lemak Telur Itik
  • Ayam Masak Kicap
  • Ikan Patin Masak Tempoyak
  • Pais Ketam Bunga
  • Pisang Goreng
  • Kacang Buncis Hati Ayam
  • Ikan Siakap Goreng Acar Jambu
  • Kerang Bakar dan Ikan Bakar
  • Kerabu 2 Jenis
  • Ulam – Ulam[/starlist]

    Buffet Ramadhan 2013 Eastin Hotel
    Lagenda Sudirman
— Kambing Bakar
— Nasi Arab
— Rendang Limpa Hati & Daging, Masak Lemak Telur Itik, Ayam Masak Kicap, Pais Ketam Bunga, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Pisang Goreng
— Ulam Ulaman dan  2 Jenis Kerabu
— Redang Limpa, Hati dan Daging

7 pencuci mulut antaranya :

  • Assorted Malay Kuih
  • Rainbow Sago
  • Macaroon Durian
  • Kek Batik
  • Kek Lapis Sarawak
  • Cendol Jelly Pandan
  • Pengat Pisang
— Cendol Jelly Pandan
— Kek Batik
— Kek Lapis Sarawak
— Macaroon Durian
— Rainbow Sago

Beberapa hidangan ala barat dan jepun di preview buffet ini yang menarik perhatian crew myselera!

Ramadan ini merupakan waktu sesuai untuk membawa keluarga dan rakan-rakan menikmati hidangan berbuka puasa di sini. Terima kasih Eastin Hotel kerana menghidangkan buffet yang serba mewah!

[quote]Bersempena bulan Ramadhan ini juga, Eastin Hotel akan menganjurkan pertandingan “Ramadhan Share & Win Foodography Contest” bermula 10 Julai sehingga 7 Ogos 2013 dengan hadiah lumayan berupa Powershoot SX500 IS dari Canon bernilai RM 1,000, Digital IXUS 135 bernilai RM600 dan Digital IXUS 132 bernilai RM500.[/quote]

Ramadhan Buffet Eastin Hotel bermula pada 10 Julai sehingga 7 Ogos 2013

[box_light]

Harga Ramadhan Buffet 2013:

  • Minggu Pertama Ramadhan : RM 98++ per adult ,  RM49++ per child
  • Minggu Kedua sehingga Keempat Ramadhan : RM110++ per adult, RM55++ per child

[/box_light]

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2013 di Eastin Hotel boleh hubungi Restoran Swez Brasserie di talian 03-7655 1111,sambungan 183

[box_tip]

Semakan halal di www.halal.gov.my Sijil Halal Eastin Hotel didaftarkan di bawah Syarikat DAMANSARA INDAH SDN BHD (EASTIN HOTEL)
Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
SWEZ KITCHEN
PASTRY KITCHEN
GARDE MANGER (COLD KITCHEN)

[/box_tip]

[box_info]

Eastin Hotel
13 Jalan 16/11,
Pusat Dagang Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No. Tel : 03-7665 1111
Fax: 03-7665 9999

Email: [email protected]
Website : www.eastin.com
Facebook : www.facebook.com/eastinhotelpj[/box_info]

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”12″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.1267, 101.6447{}restaurant.png{}Hotel Eastin” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

1 thought on “Ramadhan Buffet Eastin Hotel, Petaling Jaya”

Leave a Comment