Pisang Goreng Cheese, “The Pisang Cheese” Kelana Jaya

Fenomena Pisang Goreng Cheese semakin menjadi-jadi. Ternyata penangan pisang goreng cheese yang asalnya dari Jakarta Indonesia ini mampu menjadi antara jualan yang hangat di Malaysia sekarang.

Salah satu gerai pisang goreng cheese yang popular adalah The Pisang Cheese yang terletak di Restoran Jamal Mohammed, Kelana Jaya. Sebaris dengan kedai Nasi Lemak Kukus Kangkung.

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese
Gerai The Pisang Cheese di Restoran Jamal Muhammed.

Oleh kerana fenomena pisang goreng cheese sedang meletop, Fizlee Hafiz, 29 dan rakannya Sabrina Asri, 29 yang juga seorang doktor, tergerak hati untuk membuka gerai pisang goreng cheese sendiri.

Menurut Fizlee, mereka menggunakan sebanyak 50-80 tandang pisang untuk dijual setiap hari kecuali isnin bermula 9 pagi sehingga pisang kehabisan. Menurut mereka biasanya pukul 3 petang sudah habis stok!

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese 2
Pisang pisang!!!

Yang menarik, mereka juga menyediakan khidmat delivery. Servis ini bukan sahaja untuk sekitar Kelana Jaya, tetapi juga di Shah Alam dan Wangsa Maju.

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - Pemilik The Pisang Cheese
Cik Fizlee, pemilik dan juga chef The Pisang Cheese!

Harga 

  • Pisang goreng cheese Original – RM5

  • Pisang goreng cheese Chocolate – RM6

  • Pisang goreng cheese White Chocolate – RM7

  • Pisang goreng cheese Caramel – RM7

  • Pisang goreng cheese Cinnamon – RM7

  • Pisang goreng cheese Coffee – RM7

  • Pisang goreng cheese campur 4 flavor – RM7

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese 4
Pisang goreng cheese 4 flavor khas untuk myselera! ehh

“The Pisang Cheese” sedap!

Bukan sahaja rupanya yang menyelerakan, rasanya pun memang sedap. Sekali makan pasti nak lagi. Cuma tak boleh makan banyak-banyak, sebab lama-lama akan terasa muak!

Secara peribadi, saya menggemari pisang goreng cheese chocolate, caramel dan coffee. Sememangnya pisang dengan chocolate apabila bergabung, ternyata sedap!

Pisang Goreng Cheese Kuala Lumpur Popular - The Pisang Cheese 5
Zoom sikit!.. Meleleh!

Kalau anda ingin membuat pesanan untuk delivery pun boleh, sila follow Instagram The Pisang Cheese. Mereka sangat aktif di Instagram.

Dan yang nak singgah merasa pisang goreng cheese paling sedap di Selangor dan Kuala Lumpur, singgah di alamat dibawah:

[infobox]

The Pisang Cheese
Restoran Jamal Mohammed
24, Jalan SS5A/9,
Kelana Jaya, Selangor

Telefon : 016-200 1451

Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat : 10am – 6pm
Sabtu : 8am – 4pm
Ahad : 8am – 5pm
Isnin : CLOSED!

Instagram : ThePisangCheese

Facebook : Fb.com/ThePisangCheeseSJ

[/infobox]

2 thoughts on “Pisang Goreng Cheese, “The Pisang Cheese” Kelana Jaya”

Leave a Comment