Datang Penang tak lengkap rasanya kalau tak makan pasembur. Betul tak? Dekat mana pasembur paling sedap di Penang?
Pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali “Pasembur Menari” berada di gerai No. 9 Anjung Gurney merupakan antara gerai pasembur paling popular di Penang.
Pasembor Gurney pernah mendapat liputan di Kosmo! kerana seringkali menjadi tempat tumpuan peminat pasembur warga tempatan dan luar negara .
Pasembur Pulau Mutiara dimiliki oleh Ayub Khan, 43. Apa yang menarik pelanggan adalah semasa memotong rojak pasti akan berkumandang alunan muzik. Bagi mereka yang pertama kali makan disini pasti teruja dengan suasana begini dengan nyanyian lagu “Rojak Rojak” dan menari mengikut alunan muzik.


Pelanggan semakin ramai apabila tiba waktu puncak iaitu pukul 6.00 petang sehingga 8.00 malam sehinggakan sukar untuk mendapat tempat duduk.
20 Pilihan Isi Pasembur
Kalau nak makan pasembur, nasihat saya jangan tamak! Sebab apabila dipotong makanan yang diambil, ianya akan jadi lebih banyak dari apa yang anda sangkakan apabila dicampur dengan sayur dan kuah.
Lagi satu kalau nak ambil seafood sila berjaga-jaga, sebab harga mungkin agak melambung ikut harga semasa.

Kuah Pasembur Menjadi Pujian!
Rahsia kesedapan pasembur adalah pada kuahnya.
Tidak dinafikan kalau tengok pada warna kuah pasembur Pulau Mutiara sudah cukup menambat selera. Kuah yang pekat sememangnya menyelerakan.
Pada pendapat kami pasembur persiaran Gurney adalah antara pasembur tersedap di Pulau Pinang. Jadi kalau datang bercuti ke Pulau Pinang jangan lupa singgah ke gerai ini.

Untuk anda yang ingin mencuba pasembur Pulau Mutiara boleh singgah di alamat dibawah:
[infobox]
Pasembur Pulau Mutiara
Gerai No. 9, Anjung Gurney
Koordinate : 5.440272, 100.307968
[/infobox]