Sedang mencari dimana tempat untuk bersarapan pagi? Dan anda seorang penggemar nasi lemak? Mari ikut kami terjah, rasa dan nikmati Nasi Lemak Sri Wangi yang terletak di Jalan Gombak berhadapan Pasar Besar Gombak, KL.
Kira kira jam 08.30 pagi crew myselera telah sampai disini. Woww!!..Ramainya orang. Nak parking pun susah. Beratur pun panjang. Silap haribulan datang ambil bau sahaja kot! Jadi sila datang awal jika nak mengelakkan beratur panjang
Nampak gaya macam betul-betul sedap nasi lemak dekat sini…..betul ke sedap? Atau indah khabar dari rupa? Haaaa… Mari kita cuba… Antara menu atau lauk yang boleh dipilih adalah seperti : [heartlist]
- Ayam (agak besar juga potongan ayamnya)
- Sotong (lembuttttt)
- Kerang (menyelerakan)
- Telur mata kerbau (comel je tengok)
- Ikan keli (sangat garing sehingga tak sedar da gigit tulang )
Krew myselera mencuba nasi lemak ayam dan nasi lemak sotong. Bukan nak menipu tetapi memang sangat uummpphh!! Nasi lemaknya yang dikukus baik, dimakan bersama sambal yang ditumis garing beserta ikan bilis yang rangup……….memang tidak cukup sepinggan!
Bagi yang tidak mengambil lauk, anda boleh cuba gabungkan sambal tumis dan sambal sotong. Sampai menjilat pinggan boh!!
Dari segi layanan biasa sahaja dan mereka menyediakan 2 kaunter berbeza iaitu untuk yang dine in dan take away. So, sistem ini sedikit sebanyak memudahkan pengusaha menyediakan pesanan dan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati Nasi Lemak ini.
Sesetengah pelanggan mengatakan makan disini agak mahal tetapi bagi crew myselera mahal murah tidak menjadi keutamaan yang penting rasanya yang menambat hati dan menepati piawaian anak tekak untuk bersarapan disini.
Jika hidangan nasi lemak biasa dijual hanya RM1.50 dan kebiasaan sepinggan nasi lemak beserta lauk dalam lingkungan harga RM 3-5. Yang menjadi mahal jika sepinggan nasi lemak yang mempunyai 3, 4 dan 5 lauk la kan kan ?
Sepanjang berada di restoran ini kami tidak menemui logo halal tergantung di mana-mana sudut kedai tetapi apa yang pasti pemilik NASI LEMAK SRI WANGI ini adalah 100% seorang Melayu Muslim.
[quote]Apa nak tunggu, Mari la singgah ke Nasi Lemak Sri Wangi Bak kata orang putih, “The best Nasi Lemak in town”[/quote]