Nasi Lemak Hajjah Normah, Hulu Langat

Misi mencari nasi lemak diteruskan lagi dan kali ini kami berkelana ke Batu 9 Cheras. Ada satu gerai makan ni, beratuq nak habaq hang. Memang tak pernah lengang. Kedai ini terletak di hadapan Klinik Kesihatan Batu 9, Hulu Langat.

Gerai nasi lemak ini namanya Nasi Lemak Hajjah Normah. Jangan salah faham, Hajjah Normah bukan nama pemilik gerai ini, tetapi itu adalah nama jalan. Gerai ini terletak di Jalan Hajjah Normah. Kalau sebut je nama nasi lemak Hajjah Normah, mesti penduduk asal di sini kenal. Sebab setiap pagi mesti ramai yang datang nak makan di gerai ini.

Masa kami tiba jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi tetapi masih ramai lagi sedang beratur. Gerai ini kecil sahaja tetapi sesak dengan ramai orang!

Nasi Lemak Kampung Melaka, Hulu Langat 3
Gerai kecil, tapi penuh orang. Ada something special ni.. kan?

Selain dari nasi lemak, ada juga kuih muih dan roti canai disini.

Kalau anda nak tahu, nasi lemak disini boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk.  Lauk sambal kerang, sambal sotong, rendang dan macam-macam lagi. Lauk standard bagi gerai nasi lemak di Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya.

Nasi Lemak Kampung Melaka, Hulu Langat 2
Nasi Lemak Ayam Goreng – RM5

Nasi lemak Hajjah Istimewa!

Ramai yang cakap, nasi lemak Hajjah istimewa. Kalau nak tahu apa yang istimewa kena pergi dan rasa sendiri. Bagi kami, nasi lemak Hajjah sedap kerana sambalnya! Ada rasa pedas, ada rasa manis. Sambal disini dimasak sekali dengan ikan bilis! Ayam gorengnya pun sedap. Diperap dengan rempah rahsia. Tak hairanlah orang beratur panjang semata-mata nak makan nasi lemak di sini.

Gerai ini akan ditutup jika nasi lemaknya habis. Kalau datang lewat mungkin melepas nak merasa kesedapan nasi lemak Hajjah Normah!

Bagi anda yang berada di kawasan sekitar Cheras, yang nak merasa nasi lemak Hajjah, boleh singgah di alamat seperti di bawah:

[infobox]

Nasi Lemak Hajjah Normah
Jalan Hajjah Normah, Batu 9 Cheras, Hulu langat, Selangor

Koordinate : 3.069188, 101.774713

Foursquare: Nasi Lemak Hajjah Normah Batu 9

[infobox]

 

1 thought on “Nasi Lemak Hajjah Normah, Hulu Langat”

Leave a Comment