Nasi Daging Ayaq Asam Walid Kitchen. Serius sedap!

“We Bake You Memory”

Tagline daripada  Walid Kitchen memang melekat diingatan kami selepas menjamu selera di sini. Walid Kitchen terletak di lokasi yang strategik, berhadapan dengan Melaka Sentral, tidak jauh dari Tapak Bazar Ramadhan Cempaka. Kalau tanya orang Melaka, mesti ramai yang tahu tempat ini.

menu-walid-kitchen

Menu Menarik Kafe Walid Kitchen.

Sebaik tiba di Walid Kitchen, kami diberikan menu untuk pesanan. Simple tapi ada beberapa menu yang menarik perhatian kami.

Ada 2 pilihan hidangan yang disediakan di sini;

  • dalam pinggan untuk seorang makan
  • dalam talam untuk dua orang makan.

Menarik!

Walid Kitchen juga menyediakan minuman ‘Walid Big Glass’ , yang pernah menjadi viral (Giant Cup).

nasi=walid-kitchen

Nasi Daging Ayaq Asam.

Nasi Daging Ayaq Asam adalah Menu Best of Best yang menjadi pilihan pelanggan setia Walid Kitchen. Menu ringkas, tapi membangkitkan selera, terutama bila rasa ayaq asam (air asam). Daging juga lembut dan terasa hingga ke dalam isi rempah-ratusnya! Serius, mercikkk!!!

meatball-pasta

Macaroni & Meatball Cheese

menu-dim-sum

Aneka Pilihan DIM SUM.

dim-sum

giant-cup

Mocha Walid Big Glass

Alamat Kafe Walid Kitchen:

No.52, Jalan Cempaka 1, Taman Seri Cempaka, 75400 Melaka

Tel: +6019 663 9720

Instagram: @walidkitchen

Leave a Comment