Krew Myselera jalan-jalan ke Lumut minggu ini sempat singgah makan tengahari di Tanjung Karang. Hentian kali ini adalah sebuah warung yang sudah memang terkenal dan popular dengan Nasi Ambeng & Soto. Warung Ibu terletak di Batu 3, Jalan Besar Tanjung Karang, 45500 Selangor. Jika datang dari Kuala Lumpur, Warung Ibu akan berada di sebelah kanan anda. (selepas BH Petrol)

Besar betul banner Jalan-Jalan Cari Makan dekat Warung Ibu ni, first impression kepada kesedapan yang bakal dirasa.
Menurut kata rakan, Nasi Ambeng adalah hidangan yang berasal dari Jawa. Nasi Ambeng di Malaysia biasanya berupa nasi putih yang dimakan bersama mee goreng, begedel, ikan masin goreng, sambal goreng, tempe goreng dan lauk wajib adalah serunding.
Ramai yang kata sambal goreng dan serunding memainkan peranan penting bagi menentukan kesedapan nasi ambeng..Warung Ibu berjaya menyajikan serunding kelapa yang memang sedap. Resipi turun temurun mungkin? Cuma nasi ambeng di Warung Ibu tiada ikan masin goreng, tetapi anda boleh makan bersama ayam goreng. Memang terlebih kenyang dibuatnya!
[quote]Harga pun rasanya boleh tahan, set nasi ambeng cuma RM6 sahaja.[/quote]
Warung Ibu memang selesa, tempat duduk pun banyak. Jika anda peminat nasi ambeng atau bagi anda yang sedang bercuti di Kuala Selangor (tengok kelip-kelip) sesuai untuk berhenti makan di sini kerana kemudahan seperti tandas dan surau turut disediakan.
Masa nak bertolak meneruskan perjalanan baru perasan di belakang Warung Ibu ini juga terdapat sebuah homestay yang masih mengekalkan rekabentuk rumah tradisional.
[box_info]
Lokasi: Batu 3, Jalan Besar Tanjung Karang ( Lebih kurang 10-15 minit dari Pekan Kuala Selangor )
No Tel: 017-276 0953
Waktu operasi: 10.00 pagi – 3.00 petang
Kemudahan: Tandas, surau dan wakaf
[/box_info]
Saya pernah mencicipi Nasi ambeng ini dann lezaat sangat. Nanti mau saya post juga di blog