Jom kita pekena ikan bakar di Medan Ikan Bakar Umbai Melaka. Tempat makan yang cukup popular bukan sahaja bagi warga tempatan bumi Hang Tuah ni.. tapi turut di banjiri warga kota yang turun dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura.
Suka sangat makan kat sini, selain harganya yang berpatutan, layanan yang sangat baik, menu masakan yang pelbagai citarasa, lokasinya yang strategik dengan pemandangan Selat Melaka dan hutan bakau di gigi air adalah antara faktor utama mengapa Medan Selera Parameswara, di Umbai Melaka ni menjadi sasaran pencinta makanan setiap hujung minggu.
Kepada yang belum berkesempatan berkunjung ke Medan Ikan Bakar Umbai, apakata sesekali kita bertukar angin cuba pula air tangan warga Melaka.. Pasti menjilat jari.. Yummy!!
Di bawah ni adalah lokasi yang di kongsikan oleh adik Stormz, terima kasih ye dik!
Sumber: http://fromintankitchen.blogspot.com
[infobox]
Medan Ikan Bakar Umbai,
Pangkalan Pernu,
Umbai 75460
Melaka.
Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin
[/infobox]
[flexiblemap address=”Medan Ikan Bakar, Pangkalan Pernu, Umbai 75460 Melaka.” title=”Medan Ikan Bakar, Umbai”]
Map tu salah, sila betulkan..