Mali’s Corner, Danau Kota

Terasa ingin makan Char Kuey Teow atau Nasi Lemak? Jom ikut crew myselera kita terjah salah sebuah restoran yang sudah lama terkenal. Lokasi? Danau Kota…

Restoran yang dimaksudkan ialah Mali’s Corner yang lokasinya di Platinum Walk, Danau kota, Kuala Lumpur berhampiran pusat beli belah KL Festival dan Uptown Danau Kota. Siapa orang KL mesti tahu tempat ni kan….kalau tak tahu tu memang bukan oraang KL! hehe…

mali'smali's4

Restoran ini memang terkenal dengan Char Kuey Teow dan Nasi lemak nya disamping menjadi tumpuan anak muda lepak pada sebelah malam kerana suasana restoran ini yang berjiwa muda.

Bagaimana anda memesan makanan di McDonald begitu la di Malis Conner yang menggunakan sistem layan diri. Pesan di kaunter, dapat makanan, duduk dan nikmati makanan sambil layan lagu lagu yang dibuka.

Char Kuey Teow yang dimasak memang cukup sempurna! Udang yang besar dan yang istimewa cili jeruknya yang amat menyelerakan. Nasi lemaknya pun boleh tahan. Sambal yang ditumis garing, ikan bilis yang rangup dan untuk tambahan, lauk seperti ayam dan telur mata kerbau juga tersedia.

mali's4mali's4mali's4

Daripada segi harga memang sangat berpatutan. Sepinggan Char Kuey Teow biasa cuma RM4.50 dan nasi lemak beserta ayam cuma RM5.50. Murah kan?…

Tertanya tanya restoran ini halal atau tidak? Jangan menjadi khuatir, ia semestinya halal kerana pemiliknya 100% muslim bernama,  Encik Jamali bin Saat.

[quote] Mali’s Conner menjanjikan hidangan Char Kuey Teow  yang pasti tidak mengecewakan!![/quote]

[box_info]

Alamat :

No.9-1, Jalan Langkawi, Platinum Walk,
Danau Kota, 53300

No Telefon : 03-4149 1971

Waktu Operasi : 08:00 AM – 05:00 AM

https://www.facebook.com/malis.corner

[/box_info]

Mali’s Corner map
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.2071149657740086,101.71916127204895{}restaurant_greek.png{}Malis Corner” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment