Mak Jah Corner

Mak Jah Corner terletak di Gerai No.2 Gerai MDKL Taman Seri Medan, Majlis Daerah Kuala Langat.

mak jah corner

Dibuka setiap hari kecuai hari Ahad. Bermula selepas maghrib sehingga lewat malam. Gerai ni berkonsepkan masakkan sup seperti Mee Udang, Sup tulang,perut dan ekor selain itu juga menawarkan makanan ala western seperti chicken chop n fish n chip & cheesy wedges.

Berdasarkan pemerhatian saya, rata-rata pelanggan disana lebih memilih makanan Mee Udang dan Nasi Lemak. Nasib tidak menyebelahi saya malam ni, nasi lemak dah habis.., Erkk baru kul 9.00 kot..xpe esok dtg lg, sebab nk rasa nasi lemak yang menjadi pilihan ramai..

mak jah corner

So, Untuk menu saya malam ni pulak, saya memilih menu yang baru diperkenalkan digerai itu iaitu Nasi Arab Ayam Suku RM12 dan signature drink Rainbow Twist RM4.00..

mak jah corner

So, overall Nasi Arab dia portion banyak dan sesuai untuk hidangan 2 orang, nasi yang lembut dan rasa rempah bila dimakan.. Selain dari ayam, gerai ini juga menawarkan nasi arab kambing..

Bagi minuman rainbow twist pulak, rasa manis dan lemak yang tinggi.. Dari segi appearance, nampak menarik dan menyelerakan., mesti cuba!! Selain itu, di sini juga ada pelbagai blended dan smoothie.

mak jah corner

Leave a Comment