Laman Grill-Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam.

Umum mengetahui Shah Alam mempunyai banyak tempat makan menarik dengan harga yang berpatutan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, Shah Alam ialah syurga makanan yang majoriti daripadanya adalah milik pengusaha tempatan dan muslim. Antaranya, Restoran Laman Grill yang berkonsepkan ‘Open Kitchen‘ di mana pelanggan boleh melihat secara langsung bagaimana makanan disediakan di dapur restoran.

Diterajui oleh chef terkenal, Chef Zubir Zain bersama team kulinari terbaiknya, menyediakan menu sedap seperti menu pembuka selera, salad, pasta Itali, steak US & Australia dan pelbagai lagi menu-menu yang pasti menggiurkan.

Kami berpeluang mengunjungi cawangan pertama Laman Grill yang terletak di Seksyen 13, bersebelahan dengan Kolej PTPL. Banyak menu masakan Barat yang berjaya menarik perhatian kami.

img_2768

Penggemar burger sangat dicadangkan untuk mencuba set Cz Beef Burger ini. Rasa asli daging lembu yang dipanggang sebati dan diletakkan juga sekeping keju separa cair menaikan lagi selera makan.

1

New Version Marled Chicken Chop. Bukan sahaja nama yang unik, ‘Chicken’ yang digunakan bukan sekadar isi ayam biasa. Ada chicken boxing, isi yang bersama sos BBQ dan seakan-akan chicken pie. Sesiapa yang inginkan kelainan, bolehlah mencuba menu ini.

Lamb Shank

Menu Lamb Shank ini antara menu ‘recommended‘ oleh chef di Laman Grill. Tekstur daging kambing yang lembut menjadikan menu ini menjadi kegemaran pengunjung setia Laman Grill Shah Alam.

2

Fish & Chips. Menu ini agak ringan berbanding lain. Sesetengah orang suka memerah jus lemon di atas isi ikan untuk rasa yang sedikit masam.

Berkunjung ke restoran sebegini, tidak lengkap tanpa menu pencuci mulut a.k.a dessert. Kreativiti dalam penyediaan menu pencuci mulut Chef Zubir dan team kulinarinya memang menarik dengan harga berpatutan. Kami berpeluang mencuba dua menu pencuci mulut ini yang sangat sedap dan kami pasti ianya tidak akan dijumpai di tempat lain.

Laman Grill

Laman Grill

Chocolate Caramel Banana 

Serius, anda pasti terasa rugi jika tidak mencuba menu pencuci mulut di Restoran Laman Grill ini. Bukan sahaja seni ‘plating‘ yang menarik, gabungan rasa & bahan yang digunakan juga pasti membuatkan anda ingin datang lagi pada minggu depan!

Barbeque Buffet Dinner, Jumaat & Sabtu (6.30pm ~ 10.30pm)

Alamat Laman Grill Shah Alam:

G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam.

No Tel: 03-5523 7386

Leave a Comment