Khan Cendol di Taman Melawati, Kuala Lumpur

Gerai ataupun warung Cendol memang mudah ditemui sekitar Kuala Lumpur tetapi di mana nak cari gerai atau warung yang cendolnya sedap dan murah? Kami telah diberitahu oleh rakan-rakan bahawa Khan Cendol adalah antara warung menjual cendol yang perlu dicuba. Orang Taman Melawati & Gombak mesti pernah dengar tentang Khan Cendol.

Kami sempat singgah ke Khan Cendol, ketika kebetulan melalui kawasan Taman Melawati selepas menikmati pemandangan di Bukit Tabur (Bukit Hangus). Terus kami singgah nak merasa cendol di situ. Badan tengah penat memang sedap kalau dapat makan cendol!

Di barisan kedai bukan sahaja ada jual cendol dan rojak, makanan lain seperti nasi kukus pun ada tetapi paling popular di sini pastinya cendol dan rojak. Said Rojak juga popular disini. Kami hanya sempat bungkus rojak buat makan di rumah. Harganya cuma RM4 sahaja. Rojaknya memang boleh tahan sedap.

Khan Cendol Taman Melawati-1-1
Makcik dan kakak yang buat cendol untuk kami
Khan Cendol Taman Melawati-6
Pilih cendol mana yang nak,. Macam macam ada.

Banyak pilihan yang ada di Khan Cendol Taman Melawati. (Perisa yang paling digermari biasanya adalah cendol pulut) Cendol Biasa (RM1.60), Cendol Kacang/Cendol Pulut/Cendol Jagung (RM2.00), Cendol Ais Krim juga ada malah Cendol Durian pun ada di sini.

Khan Cendol Taman Melawati-3-1
Cendol Jagung RM2.00
Khan Cendol Taman Melawati-2-1
Cendol Pulut RM2.00
Khan Cendol Taman Melawati
Cendol Durian RM3.50. Gambar cendol ketika cair

Sedap sangat ke Cendol di Khan Cendol Taman Melawati?

Cendol di sini memang sedap. Ada yang kami lihat tambah bermangkuk-mangkuk cendol. Memang lega tekak bila dapat makan cendol yang sejuk-sejuk ni. Air gulanya tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Tapi jika nak manis lebih jangan lupa request semasa membuat pesanan.

Boleh juga baca komen-komen dari mereka yang telah mencuba Khan Cendol di Foursquare. Ramai yang singgah ke sini semasa hujung minggu, mungkin selepas balik bersiar siar dari Zoo Negara.

Bagi mereka yang nak singgah ke Khan Cendol boleh rujuk lokasi peta di bawah.

[infobox]
Khan Cendol Anjung Melawati
Jalan Taman Melawati, 53100 Melawati, Selangor, Malaysia

Kordinat : 3.210132, 101.752985

[/infobox]

 

[flexiblemap address=”Jalan Taman Melawati, 53100 Melawati, Selangor” title=”Khan Cendol”]

1 thought on “Khan Cendol di Taman Melawati, Kuala Lumpur”

Leave a Comment