Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209

Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Disini kami ingin kongsikan di mana anda boleh mendapatkan keropok lekor yang sedap!
Dulu keropok losong memang popular dan sering menjadi bualan, tetapi kini Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB2209 atau lebih dikenali sebagai Keropok Lekor Nombor ataupun beratur… Kenapa nombor? Oleh kerana terlampau ramai orang yang datang membeli sewaktu cuti sekolah dan hujung minggu, mereka menggunakan angka giliran seperti di Bank dan Pejabat pos untuk mengelakkan barisan yang panjang. Sistematik kan?
Keropok Lekor Bukit Tok Beng
Keropok Bukit Tok Beng terkenal dengan kesedapan keropoknya yang mempunyai kuantiti isi ikan yang banyak. Kebanyakan penjual keropok lekor yang lain kurang rasa ikannya kerana harga ikan yang mahal. Sos pencicahnya yang pekat dan pedas berjaya menambat hati penggemar keropok lekor. Boleh dikatakan setiap kali balik Terengganu penulis akan membeli lebih untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.
Ada dua jenis keropok lekor yang biasa dijual, yang bergoreng dan yang direbus. Keropok Lekor Bukit Tok Beng turut menjual keropok lekor yang siap divacuum dalam plastik. Kelebihan yang divacuum ini adalah ianya lebih tahan lama sebab kedap udara. Tetapi, perlu order sehari sebelum.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 6
– Keropok yang di Vacuum perlu di order sehari sebelum
Kalau rasa nak makan keropok lekor panas-panas pun boleh. Di sini turut disediakan sebuah kafe yang menjual keropok goreng tanpa rebus yang sememangnya sangat enak. Jadi, sambil tunggu keropok lekor siap dibungkus boleh order untuk makan terus terutama bagi mereka yang akan berjalan jauh.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 3
– Kaunter 1 : Ambil nombor sekiranya ramai orang, tunggu nombor di panggil.. Kalau tiada orang, boleh terus membeli di kaunter 1
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 4
– Kaunter 2 : Jualan keropok keping ..
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 5
– Kaunter 4 : Sementara tunggu keropok rebus, boleh beli keropok goreng untuk dimakan sementara menunggu.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng 7
Sekarang, anda boleh buat tempahan keropok lekor di laman web rasmi Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Senang sahaja, ia termasuk delivery.
[infobox]
Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
No. tel : 017-966 1209 / 012-562 0748
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
[/infobox]

9 thoughts on “Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209”

  1. Kami baru jer bukak stall jualan keropok lekor btb..lokasi depan rabiha tomyam & seafood..kota damansara seksyen 7..ori pos dari BTB

    Reply
    • keropok keping cap ikan parang ade x..sy nk dlm kuantiti yg banyak..pleaz cntct me sgera..0145471392…encik hafiz…

      Reply
  2. Salam dari Miri, Sarawak. Keropok ikan parang ade tak stock? Saya nak jadi pemborong dan memerlukan kuantiti yg banyak. Sila hubungi saya di 0198852959

    Reply
  3. Saya ingin menempah keropok losong yang di vacuum kira2 10 kilo pada 25hb mac 2016 kira2 pukul 10 pagi saya akan datang ambil
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment