Warung Pok Nong
Kalau bercuti ke Terengganu jika tak makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung di sana memang tak sah. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya. Perniagaan Warung Pok Nong bermula sejak 20 tahun dahulu. Sejak Warung Pok Nong disiar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, pelanggan Warung Pok Nong kian bertambah.
Warung Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot menerima jumlah pelanggan yang luar biasa setiap hari. Mesti beratur untuk mendapatkan ikan dan sotong celup tepung. Waktu cuti lagi la. Sampai saya sendiri tak sanggup untuk menunggu.
Buat pertama kali kami sempat merasa ikan celup tepung dan sotong celup tepung di Warung Pok Nong, warung yang boleh dikatakan paling popular di Terengganu sekarang ini. Orang luar yang datang pasti akan singgah ke sini. Tapi rakyat Terengganu macam saya, jarang pergi.
-
Beratur agak panjang. Dekat setengah jam juga la nak dapat ‘tangkapan’. Hehe Walaupun hari bekerja, tetap ramai singgah Warung Pok Nong Pekerja sedang membungkus udang celup tepung untuk pelanggan Oleh kerana kena beratur panjang kami pesan air batu campur dan air batu jagung sebelum makan. Mudah kerana mempunyai kaunter yang berlainan dengan air kelapa. Servis pun cepat.
Santapan petang kami yang pertama di Warung Pak Nong, adalah 3 ekor sotong celup tepung, 2 ekor ikan celup tepung, dan 4 ekor udang celup tepung.
Harga
Mengikut harga semasa. Masa kami pergi harga seperti berikut.
- 3 ekor sotong celup tepung : RM20 (berdasarkan size)
- 4 ekor udang celup tepung ; RM5
- 2 ekor ikan selayang celup tepung : RM6 (RM3 seekor)
- Air batu campur / air batu jagung : RM2.50 semangkuk
- Air kelapa : RM2.50 secawan
Nak komen pasal harga? Kalau ikut teori orang yang menjual makanan laut seperti ikan, sotong dan udang, komennya ikan selayang RM3 sedikit mahal kerana ada kedai yang jual RM2.00-2.50.
Sotong pula, dengan jumlah perbelanjaan RM50 secara keseluruhan, macam tak puas makan pula. Itu pendapat kami.

Warung Pok Nong popular tetapi sedap ke?
Sedap atau tidak ikan celup tepung atau sotong celup tepung terletak pada kesegaran makanan laut itu sendiri dan juga tepungnya. Bagi kami, ikan celup tepung dan sotong celup tepung di Warung Pok Nong biasa sahaja walaupun ikan, sotong dan udangnya segar atau fresh. Semua orang tahu ikan-ikan di Terengganu memang manis-manis.
Kami sudah mencuba ikan celup tepung dan sotong celup tepung di serata tempat di Terengganu, masih ada warung lain yang lebih sedap dan murah.
Mungkin keadaan sotong biasa yang di hidangkan seekor-seekor menarik perhatian pelanggan. Berbanding kedai lain yang menggunakan sotong katak yang telah di potong dan dihidang sepinggan.
Pilihan ikan juga tidak banyak. Masa kami pergi hanya ada ikan selayang sahaja. Ikan pari tidak kelihatan. Atau mungkin sudah kehabisan.
Untuk sos, kami bersetuju menyatakan sos di Warung Pok Nong antara yang tersedap!. Menyelamatkan tepung yang kurang rasa.
Secara keseluruhan, kami boleh berikan 3 dari 5 bintang.
Untuk mereka yang nak sangat merasa ikan celup tepung paling popular di Terengganu boleh lihat alamat seperti di bawah:
[infobox]
Warung Pok Nong
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot
No. Tel : 09-6127655 / 0133517262
Waktu operasi : 3.30 petang – lewat petang
Kordinat : 05.42802; 103.072854
[/infobox]
Assalammualaikum.warung poknong buka setiap hari ke?
Slm.kt mana kedai sotong yg lg sedap kt ganu selain pok nong
Menarik, mesti ajak hubby pergi ni
Salamm..
..kedai pok nong tu sedap dulu dulu ..sblum ‘ jln jln cari makan’ ..pah dah ‘pemeh’ ,….lebih kurang dan dok brapa ‘cakna’ lah buatannya……
..ramai krana ‘pemeh’ (famous)…bukan krana sedap…agaknya..hee..👻
mai sini nak makan celup tepung..cara kendalian customer yg ramai amatlah menyedihkan. sedih juga tak dapat nak rasa celup tepung yg ‘femes’ ni. Cuma pengunjungnya juga agak keterlaluan yang saya fikir ratanya telah datang kesini. Pelanggan di barisan hadapan tidah berganjak mereka hanya ambil hidangan untuk dipaskan kepada sanak saudara yang menunggu di tepi. Sungguh mengecewakan kami yang menunggu di barisan. Akibat tidak sanggup menunggu kami pun angkat kaki dan makan celup tepung dikedai lain yang saya rasa sedap juga dan puas. Pesanan saya agar peniaga melayu mampu upgrade perniagaan agar tidak setakat itu sahaja. Melayu boleh. ganu boleh. Saya rasa orang pi kerumun pun sebab femes bukan sebab sedapnyer tuh.# nak bagi sedap hati