Ideaa Station, Bukit Jelutong. Pilihan Tempat Santai Bersama Famili dan Rakan-rakan.

Kami pasti ramai yang tercari-cari kafe atau restoran yang selesa dan sesuai diadakan majlis kecil-kecilan seperti majlis hari jadi, majlis tahlil atau pun majlis ‘gathering‘. Kepada penduduk Bukit Jelutong dan sekitarnya, Ideaa Station merupakan satu pilihan terbaik untuk carian tempat-tempat tersebut dan mempunyai aneka pilihan makanan yang sedap dengan harga berpatutan.

Baru-baru ini, kami berpeluang ke Ideaa Station Bukit Jelutong untuk mencuba sendiri pengalaman menjamu selera dengan menu masakan yang disediakan di sini. Semasa kunjungan kami ke sana, kebetulan diadakan majlis hari jadi dengan segala persiapan dan persediaan majlis diuruskan sendiri oleh staf-staf Ideaa Station ini.

Ideaa Station

Ideaa Station mempunyai ruang makan di dalam dan di luar dan boleh memuatkn lebih kurang 100 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Dekorasi ruang makan yang ringkas tetapi menarik dengan perhiasan mengikut tema majlis.

Menu Menarik di Ideaa Station.

4

Menu di Ideaa Station disediakan dari sarapan pagi hingga makan malam. Selain Ideaa Specialty iaitu menu istimewa di Ideaa Station, ada juga menu masakan Barat yang disediakan secara segar&panas mengikut pesanan pelanggan. Cakes & Brownies merupakan pilihan ramai yang disediakan khas oleh ‘bakers‘ tempatan.

5

Spaghetti Aglio Olio khas untuk mereka yang sukakan makanan pedas. Tambahan ‘chili flakes‘ juga disediakan untuk rasa yang lebih pedas.

3

Grileed Chicken Chop ini dihidangkan secara buffet bersama nasi goreng. Sos tambahan juga disediakan untuk rasa yang lebih ‘kick’.

6

Fried Kuew Teow juga merupakan menu pilihan pelanggan Ideaa Station. Bertambah sedap dengan kombinasi cili potong yang disediakan.

nachos fried chicken

Antara menu unik yang terdapat di Ideaa Station. Nachos Fried Chicken. Isi ayam disaluti dengan corn flakes? Itu yang kami nampak dan kami rasa. Sedap dimakan panas-panas. Sangat ‘recommended‘ untuk anda rasa sendiri menu ini.

2

Ideaa Jambu Asam. Ringkas tetapi menjadi pilihan ramai sebagai snek pembuka selera mahu pun pencuci mulut. Jangan lupa pesan jambu asam ini ya! Pasti akan lebih puas selepas menjamu selera dengan hidangan sedap di Ideaa Station.

Alamat Ideaa Station Bukit Jelutong:

D’Vida 4-G-07, 40150 Bukit Jelutong, Shah Alam

No Telefon: 03-77343700

Waktu Operasi: Mon-Sun . 11.00 pagi ~ 12.00 tengah malam.

Surau disediakan.

Facebook: Ideaa Station

Leave a Comment