The Humble Chef, Plaza Damansara

The Humble Chef, bermula dengan lori bergerak tepi jalan (sumber di Kosmo!) atau di panggil “Mobile track” suatu ketika dahulu, tanpa di sangka-sangka dapat menarik peminat western food untuk terus menjadi pelanggan setia walaupun hanya di tepi jalan sebuah bukit di Damansara. Sekarang, The Humble Chef menjadi sebuah cafe yang sentiasa penuh dengan pelanggan yang gemarkan western food.

Yang paling penting, makanan yang disediakan di The Humble Chef insyaallah halal kerana pemiliknya yang beragama Islam, iaitu Rosman Hussin Rizal.

The Humble Chef

Konsep cafe yang diketengahkan The Humble Chef sangat santai dan tidak padat kerana kedudukan meja antara satu sama lain yang agak jauh, tetapi cukup selesa. Cuma cara pesanan disini, makanan perlu di pesan di kaunter kerana tiada pelayan akan ambil pesanan anda. Ini mungkin cara untuk mengurangkan tenaga kerja.

The Humble Chef

[quote]Sedikit panduan untuk anda, di The Humble Chef pilihan air yang disediakan agak limited, kerana mungkin pemilik cafe ini lebih fokus pada makanan. Paling terbaru, teh limau ais, dan nescafe ais sudah disediakan, berbanding sebelum ini hanya ada air kotak, air tin dan air mineral sahaja.[/quote]

Bagi krew Myselera, harga western food disini amat-amat berpatutan. Untuk spaghetti dengan RM5 sahaja dan makanan paling istimewa kat sini adalah  Laksa Goreng. Sesuai untuk mereka yang suka makanan yang pedas!

The Humble Chef

Laksa goreng yang dimasak dengan daging cincang. Memanh nampak kosong, tapi bila dah rasa…pergh baru tahu sedapnya macam mana. Harga untuk Laksa Goreng ini hanya RM6. Makanan bawah pulak adalah Aglio e Olio. Nama dia agak tergeliat sikit lidah nak sebut. Tapi harga dia hanya RM5 sahaja.

Untuk pencuci mulut, kami pilih Creme Brulee, iaitu Caramel yang dibakar dengan gula di permukaannya dan rasanya sangat rangup. Harga hanya RM4.

The Humble Chef

Bukan ini sahaja yang ada di The Humble Chef, kat sana pun ada pita, kebab, lamb chop dan lain lain. Paling menarik, pelanggan The Humble Chef bukan sahaja Melayu, tapi orang Cina dan India turut berkunjung ke sini. Susah nak jumpa cafe atau restoran tempatan yang peminatnya terdiri dari pelbagai bangsa.

Operating hours The Humble Chef 10.00  am hingga 3.00 pm dan sambung semula 6.00 pm hingga 12 am dari hari Isnin sampai Sabtu. Ahad off day (kecewanya!)

[box_info]

Dimiliki oleh Rosman Hussin Rizal
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Tel: 014-229 6854 (Rosman)

 

[/box_info]

[google-map-v3 width=”600″ height=”400″ zoom=”12″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.1493797,101.6539997{}restaurant.png{}The Humble Chef, Damansara” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

1 thought on “The Humble Chef, Plaza Damansara”

Leave a Comment