Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Office Damansara

Gambar Nutella Cake di newsfeed Facebook mencetuskan rasa untuk mencari kafe yang menjualnya dan mencubanya sendiri. Lokasi yang dituju rupa-rupanya merupakan sebuah coffee shop yang baru sahaja beroperasi di Encorp Strand Garden Office, Kota Damansara. Jika anda pernah ke The Encorp Strand Mall, lot bangunan ini berada di seberang jalan sahaja (berdekatan Giant).

Rekaan dalaman ruang kafe yang selesa pastinya bakal menggamit sesiapa sahaja untuk bertandang ke kafe ini.

Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Damansara
Landmark Hashtag CoffeeHouse di The Strand Garden Office
Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Damansara
Cute Signboard !
Hashtag CoffeeHouse, best coffee shop in KL
Warm and cozy

Apa yang best di Hashtag Coffee House?

Hashtag CoffeeHouse memang sesuai untuk late breakfast & minum petang secara santai dan tenang bersama keluarga, rakan dan teman istimewa. Semasa kami tiba di sini ada juga pelanggan yang datang bersama keluarga. Kafe ini pastinya bakal menjadi tempat lepak baru bagi mereka yang gemarkan privasi.

Minuman di sini masih belum boleh untuk dibawa balik atau takeaway lagi buat masa sekarang. Jadi, memang kena datang ke kafe ini dan lepak selama mungkin kerana gelas-gelas di sini memang besar.

Ice Blended Mocha
Ice Blended Mocha
Ice Blended Caramel Cream
Ice Blended Caramel Cream

Kami mencuba Nutella Cheese Cake, Mini Cottage Pie dan beberapa jenis minuman seperti Ice Blended Mocha, Ice Blended Caramel Cream dan juga Butterschotch Cream. Nutella Cheese Cake di sini is a must try & totally recommended . Sangat gebu, halus dan sedap! Selain itu Mini Cottage Pie yang dibuat menggunakan ubi kentang dan filling daging, tomato & cendawan juga boleh tahan manis dan sedap.

Mini Cottage Pie, Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Damansara
Mini Cottage Pie, Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Damansara
Nutella Cheese Cake, Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Damansara
Nutella Cheese Cake! 5 star

 

Harga

Kami datang memang tepat pada waktunya kerana promosi 50% untuk semua minuman masih lagi ada.

  • Nutella Cheese Cake – RM10
  • Mini Cottage Pie – RM10 RM5
  • Ice Blended Mocha – RM11 RM5.50
  • Caramel Cream – RM10 RM5
  • Butterschotch Cream – RM10 RM5

Smoothies disini juga sangat murah. Jauh lebih murah dari Starbucks. Oh ya, jika anda datang untuk late breakfast, nasi lemak di sini harganya hanya RM1.50.  Halal atau tidak? Alhamdulillah kafe ini diusahakan oleh anak-anak muda beragama Islam.

[infobox]

Hashtag CoffeeHouse
Block C-LG-3, The Strand Garden office, Kota Damansara
47810 Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia

No. Tel : 017-627 6950

Waktu operasi :
Ahad – Khamis – 10:00 am – 10:00 pm
Jumaat – Sabtu – 10:00 am – 12:00 am

Facebook : https://www.facebook.com/hashtagcoffeehouse
Instagram : @HashtagCoffeeHouse

[/infobox]

1 thought on “Hashtag CoffeeHouse, The Strand Garden Office Damansara”

Leave a Comment