Pernah dengar Cendol Wahab atau lebih dikenali Wahab’s Cendol – The Best Cendol in Town? Ramai yang panggil Cendol Wahab tetapi nama restoran adalah Restoran Wahab.
Kini perniagaan Cendol Wahab yang bermula di pasar malam sudah berusia 27 Tahun! Restoran Wahab terletak di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju.
Masa sampai tengah hari masih tak ramai orang. Terus buat pesanan selepas diberikan kertas ini. Kena tunggu pelayan kasi kertas baru boleh buat pesanan.
Kan senang kalau letak kertas atas meja sahaja. Tak perlu tunggu pelayan kan? Macam Old Town gitu!
Saya pesan cendol pulut + kacang merah + jagung dan juga Char Kuey Teow Udang. Dalam 15 minit, cendol sampai diikuti Char Kuey Teow. Yang tak best, saya order Char Kuey Teow Udang, tapi yang sampai Char Kuey Teow Kerang.
Hmm.. Memandangkan ada kerja dan taknak tunggu lama, makan saja laaa.


Cendol Wahab – The Best Cendol In Town
This is the best Cendol in Town! Memang sedap cendol disini. Manis dan tapi kurang berlemak. Walaupun begitu, kuantiti jagung, kacang merah dan pulut boleh dikatakan agak banyak. Ini baru betul cendol! hehe
Jenuh juga nak menghabiskan satu mangkuk sebab banyak bahan-bahan. Tapi bila dah habis memang kenyang!

Char Kuey Teow disini biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Kuantiti? Nampak saja besar tapi sekejap saja boleh dihabiskan.

Selain dari Char Kuey Teow, disini juga ada makanan bergoreng, nasi lemak dan juga nasi ayam. Restoran Wahab juga menyediakan perkhidmatan catering untuk Majlis Kahwin, Majlis Ulangtahun, Majlis Kesyukuran & Doa selamat dan Majlis Korporat. Jadi jika mahu hidangkan cendol di majlis anda, carilah Wahab Cendol.
Rasa sendiri sedap atau tidak cendol mereka. Jemput datang ke Restoran Wahab seperti alamat di bawah:
[infobox]
Restoran Wahab Cendol – The Best Cendol in Town
No. 43, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel. no : 03-4143 5578 / 016-252 8005
Waktu operasi : 10 pagi – 12 malam
Kordinat : 3.199305, 101.728999
[/infobox]
menarik 🙂
Pernah makan cendol di sana. Bagi saya, hanya setakat OK, lain orang lain citarasa. Tagline ‘the best in town’ kalau bermaksud di Setapak/ Seri Rampai, mungkin bagi saya.
Kalau selangor dkt mana eh?