Cafe Kasturi, Restoran Melayu di Sydney

Review kali ini membawa anda ke negara yang terkenal dengan haiwan comel kanggaroo.

Semasa bercuti ke Sydney, Australia tempoh hari penulis sama seperti masyarakat Islam lain apabila sering kali tertanya-tanya tentang aspek pemakanan yang halal untuk dijamah. Sememangnya mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam.

Jadi sebelum bertolak ke sana penulis telah membuat kajian di mana lokasi restoran-restoran halal ini di laman sesawang Halal Square. Rupa-rupanya banyak restoran atau tempat makan yang halal di Sydney.

Alhamdulillah berhampiran hotel tempat kami menginap, Rendezvous Studio Hotel terdapat sebuah restoran halal yang menawarkan masakan Malaysia dan Thailand iaitu Cafe Kasturi yang terletak di George Street. Restoran ini sememangnya terkenal di kalangan traveler dari Malaysia disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan Paddy’s Market, tempat wajib membeli belah (ala-ala Petaling Street)

Pemiliknya pasti bukan calang-calang orang sebab restoran ini dirasmikan oleh Sultan Kedah iaitu  Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

cafe kasturi restoran melayu sydneyKesemua pekerja di sini berbangsa Melayu. Penulis sempat bersembang dengan salah seorang pekerja restoran ini di mana menurut beliau restoran ini telah dibuka sejak tahun 2005. Restoran ini dibahagikan kepada dua tingkat, tingkat bawah lebih kasual manakala bahagian atas lebih sesuai untuk makan bersama keluarga kerana ruangnya yang luas.

Jika semasa di Sydney teringin nak minum teh tarik boleh  datang ke Cafe Kasturi, harga pun tak semahal mana, AUD4.80 sahaja.

Kebetulan isteri penulis teringin makan tomyam, jadi orderlah nasi putih berlaukkan tomyam. Saiz hidangan agak besar jadi boleh kongsi dua orang. Sup tomyamnya yang panas kembali menghangatkan badan yang tak berapa nak tahan dengan suhu 18°C. Rasa pedasnya agak ‘pelik’ mungkin mengikut selera masyarakat di sini. Harga AUD14.80 sahaja. Oh ya, jangan lupa kali dengan 3!

Jadi bagi anda yang ingin bercuti ke Sydney selepas penat membeli-belah di Paddy’s Market dan rindukan nasi putih jangan lupa singgah ke Cafe Kasturi ya!

[box_info]Alamat : 767 – 769 George Street, Haymarket, NSW, 2000
Waktu operasi : 12.00pm – 10.00pm
Ahad : Tutup

[/box_info]

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”16″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”false” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”-33.8818113951384,151.20450984921612{}restaurant.png{}Cafe Kasturi, Sydney” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment