Burger Bakar @Jom Burger Cafe 22

CAFE22 MENU

Bagi penggemar burger bakar sudah tentunya tercari-cari di manakah burger bakar yang sedap di sekitar Wangsa Maju. Hari ini, krew myselera.com singgah di Jom Burger Cafe 22 yang beroperasi di Platinum Walk bersebelahan pusat membeli belah KL Festival.  Kami tiba jam 5.30 petang dengan perut yang agak lapar sebab masing-masing tak makan tengahari.

Ok, tiada logo halal dipaparkan, seterusnya kami akan membuat semakan sama ada empunya kafe beragama Islam ataupun tidak.

Jom Burger Cafe 22 menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti :
[heartlist]

  • Standard burger
  • Black pepper burger
  • Mushroom burger
  • Beef Bacon burger
  • Hawaii burger
  • Cheese burger
  • Chicken burger
  • Rendang / satay burger

[/heartlist]

Kafe ini bukan sahaja menyajikan hidangan bertemakan burger bakar malah hidangan seperti meatball dan hot dog sandwich juga melengkapkan menu hidangannya.

Menu hidangan boleh dipilih samada secara ala carte, single prime, double prime, value meals dan smack king. Pernambahan bagi setiap cheese, pepperoni, salami dan bolagna hanya RM2 sahaja.

Kami mencuba menu istimewa yang dijual di sini iaitu Black Pepper Burger Value Meals. Value Meals ini didatangi bersama french fries dan juga air. Pilihan air seperti blackcurrant, lemon tea, fresh orange dan milo. Hampir 15 minit kami menunggu dengan sabar akhirnya pesanan pun sampai.

Nak tahu apa rasa burger ini?

BURGER BAKAR CAFE22 DANAU KOTABURGER BAKAR BLACK PEPPER

Pada kami burger ini mempunyai rasa yang sangat luar biasa! Daging yg empuk disaluti sos black pepper yg mencurah beserta salad segar sudah memberikan gambaran jelas keenakannya. Cuma roti yg dihidangkan tidak begitu garing dan tidak menepati ciri-ciri burger bakar 5 bintang. French friesnya juga terlalu masin untuk dimakan.

Markah tambahan yang boleh kami berikan mungkin atas faktor suasananya yang selesa, berhawa dingin, ada tv, ada wifi, tandasnya juga bersih.

[quote]Secara keseluruhannya Jom Burger Cafe 22 menyediakan hidangan burger bakar yg menyelerakan dan suasana kafe yang sesuai untuk seisi keluarga. Pada pandangan kami mereka perlu memperbaiki penyediaan rotinya untuk mencapai status 5 bintang!.[/quote]

 

[box_tip] Pihak myselera.com telah dimaklumkan oleh pengurus Cafe 22 bahawa pemilik kafe ini bernama Muhammad Zahidin b Ahmad[/box_tip]

[box_info]

Alamat :

Jom Burger Cafe 22,
36, Ground Flour, Platinum Walk, Jalan Langkawi,
53300 Setapak, Kuala Lumpur

No Telefon : 03-41311309

Waktu Operasi : 4.00 pm – 1.30 am

Laman Web : Website Cafe 22  / Facebook : Facebook Burger Cafe 22

[/box_info]

Peta ke Cafe 22 :

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”false” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.205832,101.719519{}fastfood.png{}Cafe22 Burger Bakar, Platinum Walk” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

 

Leave a Comment