Burger Bakar Abang Burn, Danau Kota

Review kali ini istimewa buat peminat burger bakar.

Burger Bakar Abang Burn, satu nama yang menjadi buah mulut orang ramai tentang keenakan burger bakar yang disajikan. Malah, Burger Bakar Abang Burn juga mendapat tempat yang terbaik di laman sosial Facebook dengan memiliki peminat seramai 393,782 orang. Tak percaya boleh lihat di sini

Burger-Bakar-Abang-Burn-Danau-Kota

Tepat pukul 10.30pm kami sampai ke jajahan Burger Bakar Abang Burn ke 17 yang terletak di Danau Kota atau lebih spesifiknya berada di Red Chair Café. Tanpa membuang masa, kami memulakan pesanan bagi memenuhi permintaan perut yang sedang berbunyi ini. Hidangan yang menjadi saksi kami bertandang ke jajahan tersebut ialah Buger Al-Lazat Cheese, Lamb Ori Turkey,  dan juga Meat Ball. Untuk pengetahuan anda, Burger Al-lazat ini hanya disajikan pada bulan ramadhan sahaja.

Burger-Bakar-Abang-Burn-Al-Lazat
Burger Al Lazat Cheese

Wah! Tidak sampai 10 minit kami duduk di meja, pesanan sudah sampai. Fuh! Cepat betul servis.

Sangat Hebat! Itu saja yang dapat disimpulkan selepas selesai menikmati Burger Bakar Abang Burn, dengan Burger Bakar Al-Lazat Cheese yang mengandungi ayam percik bakar, diperap dengan sos percik dan ditambah pula dengan sos putih arab serta salad segar. Peeerggghh!!!

Harga Burger Bakar Al-Lazat Cheese pun boleh tahan, RM8.50 sahaja.

Tidak kurang juga Burger Burn Lamb Ori Turkey, rasanya memang sangat enak dengan rasa daging yang sangat kental. Memang terbaik!

Menu terakhir yang menjadi santapan kami adalah meat ball yang berharga RM9.90,  rasa dan sosnya, memang mengaum…5 bintang!

Burger-Bakar-Abang-Burn-Meat-Ball
Meat Ball

Akhir sekali kami nak pesan kepada anda yang masih tercari-cari burger bakar yang superb, cubalah Burger Bakar Abang Burn.

[quote]Sebelum kami terlupa, ada berita baik buat peminat Burger Bakar Abang Burn, 22hb Julai 2013 bertempat di Red Chair Café, Danau Kota Burger Bakar Abang Burn ada membuat promosi gila-gila. Anda boleh makan Burger Bakar Beef Cheese hanya dengan RM1 sahaja.[/quote]

Ye betul RM1 sahaja. Ini merupakan tanda terima kasih pihak Abang Burn buat semua yang banyak menyokong perniagaan beliau hingga berdiri dengan jayanya sehingga ke hari ini.

Danau-Kota-Burger-Bakar-Abang-Burn

[box_info]Burger Bakar Abang Burn Danau Kota
Red Chairs Station
Lot 7801, Jalan Ibu Kota 10
Taman Ibu Kota
53100 Kuala Lumpur

Lokasi GPS : 3.210816,101.717019

[/box_info]

[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”16″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.210816,101.717019{}fastfood.png{}Burger Bakar Abang Burn, Danau Kota” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment