Buffet Ramadhan Restoran Rebung

Krew MySelera  sempat singgah di  Restoran Rebung untuk preview Buffet Ramadhan mereka. Bagi penggemar masakan kampung, Restoran Rebung antara destinasi Buffet Ramadhan yang PATUT PERGI.

Sempena Ramadhan 2013, Restoran Rebung mengadakan slot persembahan Ghazal dan juga Nasyid sepanjang bulan berbuka puasa bagi memeriahkan lagi suasana semasa berbuka puasa.

Buffet Ramadhan Restoran Rebung Persembahan Ghazal

Restoran Rebung sememangnya menjadi destinasi makan pilihan selebriti Malaysia. Menu yang disediakan memang menyelerakan antaranya sambal udang, kari sotong, masak lemak , sambal tempoyak, kerabu dan banyak lagi.  Selain itu gulai kawah yang menjadi kegemaran peminat setia masakan kampung turut dihidangkan. Gambar di bawah menceritakan segala-galanya

Buffet Ramadhan Restoran Rebung 8
Gulai Kawah
Kerabu Restoran Rebung
Kerabu
Nasi Campur Restoran Rebung
Nasi Campur

Sambal tempoyak….sambal tempoyak……tak sah kalau makan tak ada sambal tempoyak. Mengiurkan tak gambar di bawah? Menu ini yang menjadi kegemaran kami, anda pula? Bagi warga kota yang rindukan sambal tempoyak boleh la datang berbuka puasa di Restoran Rebung ini. Semoga hilang rindu anda itu….

Sambal Tempoyak
Sambal Tempoyak .. Sungguh menyelerakan!

Terdapat banyak juga kuih muih yang disediakan beserta pencuci mulut. Antaranya onde-onde, roti jala, puding caramel dan lain lain. Beberapa pondok kecil di bina sebagai dapur kecil untuk menyediakan roti jala, ikan bakar, dan juga ayam bakar. Sungguh sedap pencuci mulut yang di sediakan terutama puding caramel dan juga ABC self-maker.

ABC
ABC
Roti Jala, Kebab dan juga onde-onde
Roti Jala, Kebab dan juga onde-onde
- Puding Roti
– Puding Roti
-- Ayam Bakar dengan Sos Black Paper
— Ayam Bakar dengan Sos Black Paper

Selain dari masakan kampung, buffet ramadhan di Restoran Rebung turut menyediakan hidangan hari raya seperti rendang, lontong, nasi impit dan lemang.  Menarik menu-menu makanan di Restoran Rebung ni…di bulan puasa pun dah boleh makan hidangan raya.

Hidangan Raya
Hidangan Hari Raya, Nasi Impit dan rendang daging…

 

Secara keseluruhan, tekak kami yang mendambakan selera kampung tercapai. Bagi yang sudah lama tak merasa gulai tempoyak, boleh la singgah ke Restoran Rebung!

Harga Buffet Ramadhan 2013 Restoran Rebung:

[starlist]

  • Dewasa – RM 70.00 nett
  • Kanak-kanak (5-11 tahun)  – RM 48.00

[/starlist]

Untuk tempahan Buffet Ramadhan Restoran Rebung , boleh hubungi:

[box_info]

Alamat :

Restoran Rebung Chef Ismail
4-2 & 6, Lorong Maarof,
Bangsar Park,
59000 Kuala Lumpur

Tel: +603 – 2283 2119
Faks : +603 – 2283 4775
Website : www.rebung.com.my
Email : [email protected]

GPS Location (Restoran Rebung) : 3.127741,101.676123

[/box_info]
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”16″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.127741,101.676123{}fishchips.png{}Restoran Rebung” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment